IOI City Mall bakal menjadi tumpuan komuniti perniagaan dan pengunjung tempatan menerusi penganjuran China, Shandong-Malaysia Brands Exhibition & Trade Fair 2026 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Mei 2026.

Pameran perdagangan antarabangsa itu dianjurkan di bawah bimbingan Jabatan Perdagangan Wilayah Shandong, China dan dijangka menghimpunkan kira-kira 100 perusahaan terkemuka dari Wilayah Shandong bersama lebih 260 delegasi perniagaan dari China.


Acara berprestij tersebut turut melibatkan penyertaan syarikat tempatan Malaysia, pemain industri serta pelabur bagi memperkukuhkan hubungan perdagangan dan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan China.
Sepanjang pameran berlangsung, pelbagai produk berkualiti tinggi serta teknologi moden dari Shandong akan dipamerkan merangkumi sektor pembuatan peralatan, pertanian moden, tenaga baharu dan bahan inovatif, makanan serta barangan pengguna premium.


Penganjuran ekspo ini juga dijangka membuka lebih banyak peluang kepada produk tempatan Malaysia, khususnya produk halal dan produk istimewa tempatan, untuk menembusi pasaran Shandong serta pasaran China secara lebih meluas.
Selain platform perdagangan dan jaringan perniagaan, pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan sepanjang acara berlangsung. Malah, 300 pengunjung pertama setiap hari akan menerima hadiah istimewa daripada pihak penganjur.
Pameran ini dijangka menjadi salah satu platform penting dalam memperkukuh hubungan perdagangan dua hala Malaysia-China selain mempromosikan pertukaran budaya, pelaburan dan inovasi industri antara kedua-dua negara.
Orang ramai yang berminat dijemput hadir bagi melihat sendiri pelbagai produk antarabangsa, peluang perniagaan serta teknologi terkini yang dibawa khas dari Wilayah Shandong.
Maklumat lanjut dan video promosi acara boleh ditonton menerusi Instagram rasmi berikut:
Instagram Shandong-Malaysia Exhibition Reel�



