KUALA LUMPUR: Karnival pengalaman selama enam hari yang meraikan budaya, sukan dangaya hidup Malaysia akan berlangsung di Sunway Velocity Mall dari 31 Mac hingga 5 Aprilini. Dikenali sebagai “Malaysia on the Move: Mana-mana pun ON!”, acara ini dianjurkanbersama oleh the COVER ASIA dan Sunway Velocity Mall, dengan Sunway MulticarePharmacy sebagai penganjur bersama, manakala MY FM dan MELODY sebagai rakan radio rasmi.

Berlangsung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di pintu masuk Nanjing,aras 1, karnival ini menggabungkan pengaruh sukan dengan elemen pelancongan, budaya dan jenama tempatan.
Acara ini diterajui oleh juara dunia badminton Aaron Chia dan ChenTang Jie, bersama barisan atlet kebangsaan lain dalam usaha mempromosikan budaya kesukanan, pelancongan serta produk tempatan sempena kempen Visit Malaysia 2026.
Menurut the COVER ASIA, tema “Mana-mana pun ON!” mencerminkan semangat dinamik rakyat Malaysia serta menggalakkan orang ramai meneroka dan menyokong produk tempatan sambil menikmati gabungan sukan, gaya hidup dan budaya. Pengasas the COVERASIA, Stephen Wong berkata, kerjasama ini merupakan kolaborasi pertama bersama pusatbeli-belah tersebut.
“Kami berharap dapat mendekatkan semangat sukan kepada masyarakat melalui pengaruh atlet negara, sambil mengetengahkan jenama ‘Buatan Malaysia’ berkualiti tinggi,” katanya.
Antara atlet yang dijangka hadir termasuk pasangan beregu campuran Goh Soon Huat danShevon Lai, perenang Welson Sim, pemain badminton Hoo Pang Ron dan Kong Zhou Swin,juara skuasy Sukan SEA Sanjay Jeeva serta juara luncur ais Fang Ze Zeng.Zon Interaktif dan Pengalaman Jenama Tempatan Pengunjung boleh meneroka Malaysia Made Experience Zone yang menampilkan pelbagaiaktiviti interaktif seperti pengalaman makanan tempatan, bengkel DIY, serta pameran kesihatan, kecantikan dan gaya hidup.
Selain itu, pelbagai permainan interaktif turut disediakan termasuk cabaran padanan produk, aktiviti meneka bau dan pertandingan media sosial. Lebih 500 sampel produk akan diagihkan setiap hari sepanjang karnival.100 Raket Badminton Bertandatangan Menanti PemenangAntara tarikan utama ialah jualan barangan eksklusif atlet seperti aksesori NFC Touch ’n Goserta koleksi edisi terhad termasuk kad emas tulen 999, lanyard dan barangan gaya hidup lain.
Pengunjung yang berbelanja RM200 dan ke atas berpeluang menyertai cabutanbertuah dengan hadiah utama berupa 100 raket badminton bertandatangan pemain profesional.



