Adik Bella perlu dapat pembelaan sewajarnya – Zuraida

  • July 13, 2021
  • 1 min read
Adik Bella perlu dapat pembelaan sewajarnya – Zuraida

KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2021 – Kesan penderitaan Bella akibat didera dalam paparan video tersebut sangat menyayat hati dan meruntun jiwa. Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga amat terkesan melihat paparan video dan foto-foto yang menunjukkan nasib malang remaja kelainan upaya ini.

Saya berharap pelaku yang bertindak melakukan penderaan terhadap Bella mendapat hukuman yang setimpal dan anak syurga ini terus mendapat pembelaan sewajarnya.


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin dan peka terhadap keadaan sekeliling.

Sehingga kini saya difahamkan warganet menggunakan #JusticeforBella bagi terus memberi kesedaran
kepada semua pihak. Semoga usaha ini beroleh kejayaan.

Saya mendoakan adik Bella lekas sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan kembali ceria.

Saya mengikuti perkembangan kes membabitkan Bella, seorang remaja sindrom down berusia 13 tahun yang dipercayai telah didera oleh individu tidak berperikemanusiaan. Tular di laman sosial, sebuah rakaman video memaparkan kesan luka dan kecederaan yang telah dialami oleh Bella,” katanya. – UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *