AEON Fashion Preview 2023 Tampil Rekaan Anime, Streetwear, Denim & Cross Generational Festive Wear
KUALA LUMPUR, 23 November – AEON Fashion Preview (AFP) yang dinanti-nantikan kini kembali memaparkan trend segar dan bertenaga yang secocok digayakan oleh golongan muda sebagai ekspresi diri.
AFP edisi November 2023 ini menandakan kerjasama bersama komuniti pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman dari Fakulti Pengurusan & Teknologi (TARUMT) yang tampil dengan idea segar dan padu. Radar Belia AEON merangka semula tiga tema sebagai daya penarik AFP pada tahun ini iaitu anime streetwear, pakaian denim dan pakaian perayaan klasik merentas zaman.
AEON SELECT MEMBAWA FESYEN ANIME KE JALANAN
Anime Streetwear dengan pantas muncul sebagai trend yang dominan diadun bersama fesyen yang menawan peminat dengan gabungan unik estetika bandar dan motif moden. Di AEON, keseluruhan kalendar 2024 dipetakan dengan teliti untuk mengeluarkan pelbagai kapsul kejutan anime seperti Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer.
Sama ada minimalisme anggun anime cyberpunk atau palet berwarna-warni yang berani daripada manga klasik, koleksi AEON SELECT menawarkan fesyen pelbagai dengan aura yang memukau. Dalam meraikan inovasi pereka generasi seterusnya, pelajar fesyen TARUMT dari Fakulti Industri Komunikasi dan Kreatif (FCCI) mengambil bahagian dalam penggayaan semula koleksi Naruto dan mengubahnya menjadi cosplay couture, pakaian jalanan grafik dan berinspirasikan anime aksesori yang ternyata menjadi jambatan unik antara anime dan fesyen untuk ekspresi diri yang unik dan bergaya.
SCAR MERUNGKAI DINAMIK DENIM
Pakaian denim, yang pernah sinonim dengan pakaian kerja lasak, telah mengalami fasa perjalanan transformatif selama bertahun-tahun telah berkembang menjadi fesyen yang serba boleh dan malar segar yang melangkaui generasi ke generasi. Ketahanan dan keselesaan kain, pada asalnya direka untuk ketahanan dalam tetapan intensif buruh, telah menemui ungkapan baru dalam fesyen kontemporari. Inovasi seperti denim regangan telah ditambah dimensi baharu untuk keselesaan dan kesesuaian, membolehkan julat pergerakan dinamik tanpa menjejaskan estetika denim klasik. Denim asli, terkenal kerana estetika asalnya dalam keadaan tidak dicuci, menjadi pujaan kepada peminat denim yang mencari corak yang tidak ditelan zaman. Variasi dalam fabrik denim ini memenuhi pilihan yang pelbagai, memastikan denim kekal sebagai tekstil wajib ada di setiap almari pakaian untuk setiap generasi.
PAKAIAN BERASASKAN PERAYAAN KEKAL RELEVAN
Pada masa kini, pakaian berasaskan perayaan tetap menjadi pilihan buat semua sebagai tanda keterujaan dalam meraikan setiap majlis keraian. Tanpa mengira usia, pakaian bertemakan perayaan ini direvolusikan sebagai dokongan tidak kira daripada generasi muda sehingga ke golongan veteran kerana dekat di hati setiap individu. Di AEON, terdapat banyak jenama musim ini menampilkan koleksi yang mencerminkan semangat inklusif dan menawarkan pelbagai gaya yang memenuhi cita rasa dan pilihan yang pelbagai. Sama ada ia datang dengan konsep kemeriahan cetakan berona terang, keanggunan labuci berkilauan, atau keselesaan siluet tidak konvensional, ARCADIA, innerCasual, ti:zed, SCAR, Guys’ Vision, Kids Republic dan juga M untuk golongan ibu; mengatasi jurang generasi, turut menjemput individu dari semua peringkat umur bagi meraikan keterujaan ini bersama.
Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON Malaysia berkata, “Edisi AFP kali ini menegaskan bahawa fesyen tidak lagi terhad dalam satu kepompong yang sempit. AEON telah lama meraikan kepelbagaian sama ada dalam kriteria bentuk badan, saiz, etnik, jantina, dan keupayaan. Kami mengutamakan saiz inklusif, pakaian versatil, dan pilihan yang berpatutan lagi bergaya. Fesyen kini menjadi platform sebagai tanda ekspresi diri untuk semua lapisan masyarakat.
Bekerjasama dengan StevenSunny betul-betul mencerminkan – #ownwhatyouwear iaitu satu gerakan yang dimulakan oleh AEON sejak 2 tahun lalu bersama dengan trendsetter luar biasa dan kurator gaya ikonik. Komited dengan etos iaitu fesyen mestilah menggambarkan keindahan manusiawi yang serba mewah, AEON percaya bahawa setiap orang berhak untuk berasa yakin dan menyatakan identiti mereka melalui pakaian dan berusaha untuk menjadikan fesyen bukan sahaja cerminan masyarakat tetapi pemangkin kepada perubahan yang lebih positif. Konsep inklusif dan kebolehcapaian bukanlah trend; ia adalah unjuran bahawa lebih banyak kepelbagaian yang dapat diraikan secara lebih berhemah dan mewakili semua pihak.
Pada musim ini, SCAR menampilkan StevenSunny, iaitu pakar fesyen dan gaya yang menjulang fesyen sebagai alat untuk ekspresi diri. Dengan penekanan pada potongan yang berani dan vibrasi warna pada 100% fabrik kapas – ia adalah satu manifestasi untuk tampil yakin dalam mencipta dan #ownwhatyouwear.
“Dalam dunia di mana penerimaan majoriti sering menjadi keutamaan, fesyen menjadi satu tanda ekspresi diri tanpa sempadan selain memperkasakan individu untuk merangkul keaslian diri. Marilah kita sama-sama meraikannya!” kata Low Ngai Yuen semasa memperkenalkan StevenSunny.
Selaras dengan komitmen AEON terhadap Pembangunan Lestari yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Matlamat 8 dan 15 iaitu memberi penekanan dalam menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif, menyediakan akses kepada keadilan, dan institusi yang inklusif, AFP kali ini memastikan semua lapisan masyarakat untuk turut serta dalam dunia fesyen dan dalam masa yang sama menjuarai kelestarian.
MENGENAI AEON FASHION PREVIEW (AFP)
AEON Fahion Preview (AFP) ialah satu majlis pratonton atau showcase yang diadakan sebanyak tiga tahun sekali bagi memperkenalkan legasi fesyen di bawah jenama AEON yang baharu. Dalam showcase ini, pelbagai gaya, trend, warna dan tekstil terkini diperkenalkan sebagai meraikan ketibaan musim baharu serta mengumumkan kolaborasi yang menerujakan.
AFP telah melancarkan pelbagai rangkaian produk fesyen termasuk pakaian import sukan, innercasual (Ic) yang menampilkan kelestarian oleh Katharine Hamnett di Butik TRIBE studios kepada satu pertunjukan fesyen yang menyeronokkan di dalam gerobok MRT, kepada konsep ‘reimagining comfort’ di Kuala Lumpur TAPAK food trucks park; kolaborasi bersama pelajar UITM jurusan Fine Arts dalam membawa fesyen kembali kepada idea asal ia bercambah dan dipupuk; dan juga terbaharu menampilkan 500 personaliti yang dipilih secara ‘crowdsource’ untuk berjalan di ‘runway’, menjadikannya pertunjukan fesyen yang terbesar sebagai manifestasi keperibadian dan ekspresi gaya tersendiri.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari di:-
- Homepage: https://aeonretail.com.my/
- Fashion page: https://aeonretail.com.my/fashion/
- AFP Microsite: https://aeonretail.com.my/fashion/af