Impian termakbul Soma lancar album ‘Perjalanan’, Hadiah buat peminat

  • December 26, 2024
  • 3 min read
Impian termakbul Soma lancar album ‘Perjalanan’, Hadiah buat peminat

Sekian lama menanti akhirnya termakbul sebuah impian berbekalkan tekad menempuh onak ranjau kehidupan insan seni melalui pelbagai dugaan dan cabaran disulami perasaan yang menggoncang dada dan iman…akhirnya semalam merupakan detik terindah beliau bergelar insan seni apabila lahirnya sebuah album yang ditunggu semenjak sekian lama.

Rosmah S.Sengari @Basar atau lebih selesa dikenali dengan nama Soma, anak kelahiran
Selangor meluahkan rasa syukur dengan terlahirnya album baru yang berjudul Perjalanan.

Beliau menyifatkan perjalanan adalah hadiah buat dirinya, album ini juga adalah buah tangan untuk seluruh rakyat Malaysia kerana mengetengahkan lagu hasil ciptaan komposer tekenal, Allahyarham S.Atan.
Beliau yang mula menyanyi sejak usia 13 tahun, pernah dinobat sebagai naib juara dalam Pertandingan Bintang Nostalgia Klasik Nasional RTM 2009. Seterusnya pada tahun 2010, beliau diangkat sebagai
juara dalam Bintang Klasik RTM 2010 mewakili negeri Selangor.

Beliau juga pernah melepasi stage 3 dalam uji bakat Sinaran Passport kegemilangan, Akademi Fantasia 3 dan 4. Antara lain, beliau juga pernah mengikuti uji bakat Mentor Otai serta Pertandingan nyanyian peringkat negeri
dan daerah.

Sidang media bersama Karyawan

Soma yang sebelum ini mengenali Allahyarham S.Atan ketika menyertai pertandingan anjuran radio Klasik RTM ditemukan semula oleh Tuan Haji Mohamed Saleh semasa Konsert Makan Malam Amal
Legends di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.

Siapa sangka rezeki datang pada masanya, ketika malam konsert amal tersebut, Soma ditemukan dengan penerbit lagu, Belle Fatah dan beliau diperdengarkan lagu-lagu baru di telefon bimbitnya. Memandangkan pernah berjumpa dan membuat persembahan bersama sebelum ini, Belle menyatakan hasrat untuk merakamkan lagu bersamanya untuk dimuatkan kedalam album SOMA.

Bagi lagu berjudul Curahan dan Dugaan, ia pernah dirakamkan pada tahun 1996 namun terhenti atas sebab tertentu. Namun kini, setelah melalui proses penggubahan semula dan mengikut susunan arus muzik, oleh Belle Fatah maka terhasil album Perjalanan gabungan ciptaan kedua-dua adik beradik
komposer ini. Manakala, 2 lagu berjudul ‘Kerlipan Langit Lebaran (lagu raya) dan Bisikkanlah Kekasih ciptaan Allahyarham S.Atan yang telah sedia untuk dibuat rakaman tidak sempat dirakamkan, namun akan
diteruskan bagi menyambung legasi karya seni beliau dan menjadikannya antara lagu-lagu terakhir yang terkandung di dalam Album Soma berjudul ‘Perjalanan’.

Bagi album Perjalanan, ia memuatkan lagu-lagu ciptaan gabungan dua orang komposer adik beradik antara Allahyarham S.Atan dan Belle Fatah. Soma berharap album ini mendapat tempat dikalangan
para peminat dan lagu-lagu yang dinyanyikan juga diterima para pendengar.

Details lagu, komposer dan lirik Album Soma – Perjalanan:-

A) Komposer: Datuk S.Atan:
Lagu:-
1.Perjalanan (lirik oleh Soma)
2.Memori Bulan Disember (lirik oleh Siso Kopratasa)
3.Bebaskan Aku (Lirik oleh Siso Kopratasa)
B) Komposer (new arrangement music): Belle Fatah.
Ciptaan asal: Din J
Lagu:

  • Curahan (Lirik oleh Din J, Soma)
  • Dugaan (Lirik oleh Din J, Soma)
    Penerbit: BELLE FATAH
    Penerbit Eksekutif: ROSMAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *