VFive Group lebar sayap sektor hartanah, konsesi dan tenaga pada tahun 2025

PUTRAJAYA, 30 Dis – Vfive Group kini mengorak langkah progresif melebarkan sayap kepada tiga sektor baharu iaitu, pembangunan hartanah, konsensi dan tenaga boleh diperbarui.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Hj Mohd Syafiq bin Hj Abdullah berkata, langkah tersebut seiring dengan cabaran dunia perniagaan pada masa kini yang memerlukan syarikat yang mampan.
“VFive Group mula bertapak sejak 2012 dengan kepakaran dalam lima bidang iaitu pengiklanan, media dan pengurusan acara, General Trading, Service & Recruitment (GTSR), pengurusan kemudahan, pembinaan serta teknologi maklumat.
“Kami mengorak langkah progresif apabila melebarkan perniagaan dalam industri-industri utama lain seperti sektor pembangunan hartanah, konsesi dan tenaga boleh diperbaharui.
“Langkah strategik ini adalah sebahagian daripada visi besar syarikat untuk terus berkembang dan mencipta impak meluas dalam sektor perniagaan,” kata Datuk Mohd Syafiq.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan 2024 VFive Group yang bertemakan ‘A Night of Elegance – Bound by Unity, Drive by Success’ yang diadakan penuh meriah dil Marriott Putrajaya Hotel.




Berdasarkan trek rekod kejayaan kukuh dalam bidang yang diceburi, VFive Group kini bersedia membawa kepakaran, inovasi, dan kecekapan ke dalam sektor-sektor yang lain.
“Menerusi pendekatan berteraskan profesionalisme dan kualiti, VFive Group bercita-cita untuk menjadi peneraju dalam setiap industri yang diceburi, seiring dengan reputasi yang terus cemerlang.
“Peluasan industri ini menunjukkan keberanian dan wawasan syarikat ini untuk merebut peluang baharu serta mempelbagaikan portfolio perniagaan,” katanya.

Datuk Mohd Syafiq menjelaskan langkah yang dilakukan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kakitangan untuk memperkasakan kemahiran mereka, malah dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang yang menjamin masa depan.
Dalam inisiatif ini VFive Group kekal meletakkan keutamaan dalam menjaga Kebajikan kakitangan adalah sebagai kunci kejayaan syarikat kami kerana berkat perkongsian nikmat ini dapat dimanfaat bukan hanya kepada syarikat dan kakitangan dianggap keluarga sendiri.
“Kakitangan VFive Group juga diberi keutamaan melalui pelbagai inisiatif Kebajikan bagi memastikan kesejahteraan mereka sentiasa terjaga.
Sikap prihatin ini mencerminkan komitmen syarikat dalam membina persekitaran yang Harmoni, di mana semua individu dihargai untuk mencapai potensi penuh dan VFive Group terus menjadi contoh bagaimana ukhuwah mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan bersama,” katanya.
Datuk Mohd Syafiq menambah pihaknya tidak melepaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan terus membantu golongan yang memerlukan.
“Tahun ini kami menyediakan sejumlah peruntukan terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menjaga kebajikan dan seterusnya membantu masyarakat yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

“Dana tersebut telah digunakan untuk pelbagai inisiatif, termasuk bantuan kewangan, pendidikan, kesihatan, serta program kebajikan lain yang memberi impak positif kepada masyarakat. Insya Allah, jumlah peruntukan ini akan sentiasa ditingkatkan setiap tahun,” katanya.
Inisiatif yang dilakukan telah dikendalikan menerusi Yayasan VFive termasuk Program Kembar Beras Amal, Berkat Jumaat, Gerobok Rezeki, Sumbangan Bakul Makanan dan pelbagai lagi program pembangunan modal insan komuniti untuk mereka yang kurang berkemampuan.
Majlis yang dianjurkan tersebut secara asasnya bertujuan memberi penghargaan kepada semua pihak terutamanya rakan strategik yang sentiasa bekerjasama memastikan segala sasaran yang ditetapkan tahun ini dapat dicapai.
“Saya berterima kasih dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang mencurahkan jasa, baik secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang 12 tahun perjalanan kami di dalam industri
Diharapkan agar semua pihak dapat terus mendoakan kejayaan kami agar lebih banyak lagi masa dapat kami kongsikan bersama-sama kepada masyarakat pada tahun 2025 dan tahun-tahun mendatang, tambahnya.
Lebih 600 hadirin menghadiri majlis itu yang turut diserikan dengan penampilan nyanyian khas oleh artis jemputan iaitu Tomok, Black, Abang Nasyid dan Zeppo Youngsterz selain dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah istimewa kepada kakitangan.