Alami keriangan dan keseronokan Era Jurassic dengan Jurassic Dinosaur Adventure Park: Interactive indoor Playground

  • August 1, 2022
  • 2 min read
Alami keriangan dan keseronokan Era Jurassic dengan Jurassic Dinosaur Adventure Park: Interactive indoor Playground

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2022 – Buat pertama kalinya di Malaysia, Jurassic Dinosaur Adventure Park dibuka khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk mengalami taman permainan interaktif tertutup bersama pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah.

Dinosaur amat popular di kalangan kanak-kanak, merupakan makhluk yang mempersonakan dan hanya boleh dijumpai di dalam buku dan filem. Oleh itu, KKday, sebuah peneraju platform pengalaman pelancongan Asia membawa Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia untuk membawa para pengunjung ke era Jurassic.

Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz yang sebenar, menggambarkan kehidupan di habitat mereka dan mampu bergerak serta menghasilkan bunyi yang menggerunkan. Para pengunjung juga dibenarkan untuk mengambil gambar bersama dinosaur-dinosaur ini.

Dibuka sehingga 31 Ogos 2022, Jurassic Dinosaur Adventure Park bertempat di Pavilion Bukit Jalil menjemput semua orang dari semua peringkat umur untuk mengalami keriangan taman tema tersebut. Objektif utama taman tema ini adalah untuk menyediakan platform yang mencetus minat kanak-kanak untuk mempelajari lebih tentang makhluk prasejarah ini sambil bermain dengan pelbagai aktiviti dan sukan yang menyeronokkan.

Taman tema tersebut direka untuk memberi pengalaman yang luar biasa dengan merangsangkan emosi, perhatian dan konsentrasi para pengunjung. Ianya turut dilengkapi dengan alat trampolin, permainan, alat tunggangan, pameran dinosaur yang banyak dan sebagainya yang akan membuatkan kanak-kanak teruja dengan pengalaman tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *