Bantuan laptop percuma parlimen Wangsa Maju kepada pelajar B40

WANGSA MAJU – Parti Keadilan Rakyat Parlimen Wangsa Maju mengambil inisiatif dalam program ‘Bantuan Laptop Percuma’ kepada warga penduduk parlimen Wangsa Maju terutama kalangan B40 yang memerlukan bagi tujuan pembelajaran.
Pengerusi Keadilan Cabang Wangsa Maju, Andre CH Lai berkata, pihak kami telah menerima sebanyak 255 permohonan, namun kami hanya memilih 200 penerima sahaja dan berdasarkan beberapa kriteria.
“Hanya yang benar-benar layak sahaja akan dipilih, diantara kriteria-kriterianya adalah pengundi Wangsa Maju, berumur 17-24, permohonan tunggal, bilangan laptop di rumah, pendapatan seisi rumah, bilangan tanggungan adik-beradik dan tempat belajar diutamakan.
Ketua AMK Cabang Wangsa Maju selaku Pengerusi Jawatankuasa, Azfar Aza berkata selepas penelitian, 200 permohonan telah dikenal pasti, 14 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi kriteria dan 13 permohonan tidak menyambung dimana-mana pusat pengajian.
“Buat masa ini, permohonan laptop percuma telah dihantar ke pihak ICU untuk mendapatkan kelulusan bagi memastikan laptop dapat diedarkan dalam kadar segera.
“Kami telah menghubungi penerima yang berjaya, penapisan agak panjang dalam memastikan bantuan ini sampai kepada yang benar-benar memerlukan.
“Sasaran kami, laptop percuma ini akan diedarkan secepat mungkin dalam pertengahan Ogos atau hujung bulan ini bagi memastikan pemohon mendapat laptop untuk kegunaan pelajar kemasukan Universiti dan Kolej pada bulan Oktober nanti,” katanya. – UTVMediaMsia