Amelia Jewellery Bawa Kelainan Dengan Hantaran Pokok Emas Sakura Ungu Sempena Pernikahan Radin Era

KUALA LUMPUR – Jenama barangan kemas tempatan, Amelia Jewellery sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan tajaan hantaran eksklusif “Pokok Emas Sakura Ungu” sempena majlis perkahwinan personaliti terkenal, Radin Era atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani bersama pasangannya, Nur Amira Shamsulbahrin.

Majlis ijab dan qabul pasangan tersebut berlangsung pada 1 Mei 2026 bersamaan 14 Zulkaedah 1447H di Ukays Hills dalam suasana penuh elegan dan mewah.
Bukan sahaja menampilkan konsep hantaran yang unik dan memukau, malah Amelia Jewellery turut memperkenalkan penggunaan gold bar sebagai buah tangan eksklusif buat para tetamu, sekali gus menjadi antara elemen yang paling mencuri perhatian dalam majlis berkenaan.

Menggabungkan elemen klasik dan moden, rekaan “Pokok Emas Sakura Ungu” tampil menyerlah dengan struktur pokok bernuansa perak keemasan yang dihiasi bunga sakura ungu bersama gantungan aksesori emas yang disusun indah, menjadikannya titik fokus utama di ruang pelamin.

Sebelum ini, Amelia Jewellery pernah mencetuskan perhatian ramai apabila menghasilkan rekaan pokok emas untuk majlis perkahwinan Erra Fazira yang menerima mas kahwin unik berupa “pokok ufti bunga emas” dihiasi dinar emas.

Rekaan tersebut secara tidak langsung menjadikan konsep hantaran pokok emas semakin dikenali dalam industri perkahwinan tempatan.
Menurut wakil Amelia Jewellery, Encik Hafiz, idea asal dekorasi itu tercetus daripada permintaan pelanggan yang mahukan sesuatu yang eksklusif, elegan dan memiliki elemen tersendiri.

“Pasangan mahukan hantaran yang nampak hidup, mewah dan mempunyai elemen ‘wow’.
“Jadi kami menghasilkan pokok dengan susunan bunga sakura serta gantungan aksesori emas pada setiap dahan bagi memberi sentuhan yang lebih premium dan eksklusif,” katanya.

Tambah beliau, proses menghasilkan dekorasi tersebut memerlukan penelitian dari segi susunan dahan, pencahayaan warna dan keseimbangan dekorasi supaya keseluruhan rekaan tampak lebih harmoni serta mewah.

Era Fazira dan suami turut hadir

“Pada awalnya rekaan itu kelihatan agak kosong. Jadi kami menambah bunga sakura ungu dan gantungan aksesori supaya pokok nampak lebih rimbun, elegan dan sesuai dengan tema moden mewah,” ujarnya.

Keunikan utama rekaan ini terletak pada penggunaan bunga sakura ungu yang diinspirasikan daripada budaya Jepun.
Dalam budaya tersebut, sakura melambangkan keindahan dan momen berharga dalam kehidupan, sekali gus mengingatkan pasangan agar sentiasa menghargai setiap detik bersama.
Gabungan warna ungu pula membawa simbolik keanggunan, ketenangan dan cinta yang matang, menjadikan “Pokok Emas Sakura Ungu” bukan sekadar dekorasi perkahwinan, tetapi lambang hubungan yang eksklusif, stabil dan penuh makna.

Selain itu, elemen bulatan di belakang pokok turut memberi sentuhan moden yang melambangkan kesempurnaan serta ikatan yang tidak terputus, selari dengan simbolik sesebuah perkahwinan.
Menurut pihak Amelia Jewellery, setiap dekorasi yang dihasilkan adalah custom mengikut kehendak pelanggan termasuk pemilihan warna, jenis bunga dan susunan aksesori.

“Kami akan berbincang secara terperinci dengan pelanggan supaya setiap hasil benar-benar mengikut citarasa dan mempunyai cerita tersendiri,” katanya.
Selain hantaran utama, penggunaan gold bar sebagai buah tangan kepada tetamu turut menjadi perhatian kerana konsep tersebut dilihat lebih eksklusif dan bernilai berbanding doorgift biasa.

Menurut pihak Amelia Jewellery, trend tersebut semakin mendapat sambutan apabila pelanggan kini lebih cenderung memilih hadiah yang bukan sahaja cantik, tetapi turut mempunyai nilai yang boleh disimpan sebagai kenangan.
“Ramai pelanggan mahukan sesuatu yang mempunyai nilai. Jadi gold bar ini bukan sekadar buah tangan, tetapi simbol penghargaan kepada tetamu yang hadir,” katanya.

Tambah beliau lagi, pemberian gold bar turut membawa simbolik hubungan yang tulus dan bernilai, sama seperti emas yang kekal berharga sepanjang masa.
“Gold bar melambangkan nilai persahabatan dan hubungan yang bukan sementara.

Sama seperti emas, nilainya sentiasa kekal dan meningkat naik,” ujarnya.
Selain mempunyai nilai simbolik tersendiri, gold bar juga mudah digayakan dalam pelbagai konsep dekorasi kerana rekaannya yang minimal tetapi tetap elegan dan mewah.
Menurut pihak syarikat, setiap tempahan boleh disesuaikan mengikut kehendak pelanggan termasuk dari segi saiz, packaging dan konsep keseluruhan majlis.
“Kami akan membantu pelanggan dari segi idea dan susunan supaya setiap dekorasi dan buah tangan tampil lebih eksklusif serta selari dengan tema majlis,” katanya.
Walaupun syarikat itu baru beroperasi kurang daripada setahun, konsep hantaran pokok emas dan penggunaan gold bar sebagai buah tangan kini mula menjadi trend dalam kalangan pasangan yang mahukan kelainan pada hari istimewa mereka.

Rekaan eksklusif ini sekali lagi membuktikan bahawa kreativiti tempatan mampu menghasilkan hantaran bertaraf mewah dengan identiti tersendiri, menjadikan “Pokok Emas Sakura Ungu” sebagai simbol cinta moden yang bukan sahaja indah dipandang, malah penuh dengan maksud tersirat.
Dengan sentuhan rekaan yang semakin dikenali dalam industri perkahwinan tempatan, Amelia Jewellery dilihat terus memperkukuhkan identitinya sebagai antara jenama dekorasi dan hantaran eksklusif pilihan pelanggan yang mahukan kemewahan moden dengan elemen tersendiri.


📍 Berminat untuk tempahan bagi pokok emas untuk majlis anda? Kunjungi butik kami atau hubungi kami sekarang untuk konsultasi dan tempahan.

📌 Alamat
80 & 82, Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
📞 Telefon
011-1637 7366
📲 Ikuti Media Sosial
Instagram: @butikameliajewellery
TikTok: @butikameliajewellery
✨ Jadikan setiap pemberian anda lebih bermakna dan bernilai bersama Amelia Jewellery.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *