‘Amin’ Supertele Komedi Seram Kini di Astro First! Tampil Pelakon Bukan Calang-Calang

  • December 3, 2023
  • 2 min read
‘Amin’ Supertele Komedi Seram Kini di Astro First! Tampil Pelakon Bukan Calang-Calang

KUALA LUMPUR: ‘AMIN’ bukan sekadar filem komedi seram, mari bergelak tawa dengan pelakon yang tidak perlu dikenali lagi dalam bidang komedi seperti Joey Daud, Wanna Ali, Silfeny Osman, Adam Corrie, Jay Iswazer, Zhalif Sidek, Cha Oi, dan Idlan Pon Pon.

Penerbit QS Creative Sdn Bhd mengumumkan sebuah filem ekslusif terbaru terbitannya berjudul ‘AMIN’ akan ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula pada 7 Disember ini.

Diarahkan oleh sutradara Rodzee Razak, dan mempertaruhkan barisan pelakon hebat tanah air, Joey Daud, Wanna Ali, Silfeny Osman, Adam Corrie, Jay Iswazer, Zhalif Sidek, Idlan Pon Pon dan ramai lagi.

Amin sebuah naskhah yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga ini, bukan sekadar mempertaruhkan genre berlainan jika dibandingkan dengan lem yang pernah ditayangkan, tetapi “AMIN” dipaparkan dalam konsep di luar kotak.

Mengisahkan 3 roh yang sesat, “AMIN” bukan satu kisah seram, tetapi lebih kepada satu misteri yang berlegar di sekeliling satu watak yang lurus, dalam satu karya yang dipaparkan dalam bentuk aksi dan komedi.

Penerbit AMIN, berkata, “Saya berharap semoga cerita in mendapat sambutan tontonan dari pelbagai lapisan masyarakat yang mana filem ini.

adalah filem yang berada di luar kotak pikiran kotak menonton yang mana ada penghidupan alam lain yang hidup selain dari alam realiti, dan saya berharap agar filem ini dapat memberi sambutan yang hangat oleh penonton diluar sana.

Sementara itu, Pengarah AMIN, Rodzee Razak berkata, “Kelainan yang cuba

dipaparkan dalam cerita ini ialah kisah horor yang berlainan kepada misteri juga paparan dalam bentuk aksi dan komedi yang juga dapat menjadi tatapan penonton diluar sana

yang suka pada movie horror komedi yang lain dari yang lain. “

Saksikan filem eksklusif Amin Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 7 Disember ini. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secarab berulang-ulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *