Anggota Bomba terharu Menteri KPKT meluangkan masa memasak dan bersahur di Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2026 – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming, telah meneruskan tradisi menyantuni barisan hadapan menerusi Program Singgah Sahur MADANI bersama warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh diiringi oleh Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato’ Sri Nor Hisham bin Mohammad, serta pegawai-pegawai kanan dan anggota JBPM.

Seawal jam 4.00 pagi, YB Menteri meluangkan masa bersama anggota bomba yang sedang bertugas sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam memastikan keselamatan rakyat terus terpelihara. Beliau turut turun padang membantu menyediakan juadah sahur sebelum menikmati hidangan bersama kira-kira 100 wira dan wirawati merah dalam suasana penuh muhibah dan kebersamaan.

Menurut beliau, anggota JBPM merupakan insan luar biasa yang sentiasa bersedia berkorban masa dan tenaga, termasuk meninggalkan keluarga ketika saat genting, demi menjalankan amanah kepada negara. Program ini memberi peluang kepada beliau untuk merasai sendiri rutin dan kesiapsiagaan pasukan penyelamat yang kekal komited berkhidmat tanpa mengira waktu, termasuk sepanjang Ramadan.

Inisiatif Singgah Sahur ini merupakan kesinambungan tradisi yang dimulakan tahun lalu di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan KPKT dalam menjaga kebajikan dan memahami denyut nadi lebih 15,000 warga penyelamat di seluruh negara.

KPKT dan JBPM akan terus memperkukuh sinergi strategik dalam memastikan kebajikan anggota sentiasa terpelihara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

MalaysiaMADANI

Kesejahteraan

StrongerTogether

DemiPertiwi

UnityInDiversity

RancakkanMADANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *