Permohonan Skim Dana Padanan(SDP) dan Conserts & Event in Malaysia Incentive (CEMI) 2026 kini dibuka

WARTAWAN – Abg Ali UTV

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2026 – MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“MyCreative”) secara rasmi melancarkan Skim Dana Padanan (SDP) dan Concerts and Events In Malaysia Incentive (CEMI) 2026, dua inisiatif strategik di bawah aspirasi Belanjawan MADANI dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM2.5 juta dan RM10 juta pada
tahun ini.


Skim Dana Padanan (SDP) menawarkan geran padanan hingga RM250,000 bagi setiap permohonan yang diluluskan untuk penghasilan karya asli baharu dan/atau harta intelek baharu, dalam sektor seni persembahan, seni visual, muzik, kandungan kreatif, seni
tradisional dan kebudayaan, dan seni multidisiplin. Permohonan daripada sektor kreatif lain yang disokong MyCreative turut akan dipertimbangkan, tertakluk kepada kriteria dan objektif program.


SDP menyokong penghasilan karya baharu yang berpotensi memberi impak jangka
panjang, menyokong pertumbuhan perniagaan dan memperkukuh industri kreatif negara.


Permohonan SDP dibuka sehingga 27 Mei 2026. Selain itu, Concerts and Events in Malaysia Incentive (CEMI) merupakan satu program rebat kewangan di bawah Belanjawan MADANI yang menyokong penganjuran konsert dan
acara berskala besar melibatkan artis tempatan dan antarabangsa. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi acara bertaraf antarabangsa di samping merangsang aktiviti ekonomi, membuka peluang pekerjaan dan memberi limpahan manfaat kepada industri serta perniagaan tempatan.


CEMI pada edisi 2025 telah berjaya merekodkan limpahan ekonomi sebanyak RM39.48 juta melalui penganjuran lapan konsert berskala besar dengan jumlah dana diluluskan sebanyak RM8.96 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *