‘LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KL, DIBAWAKAN KHAS OLEH ALHAALFA’

  • January 13, 2024
  • 2 min read
‘LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KL, DIBAWAKAN KHAS OLEH ALHAALFA’

Penyanyi Jelita Indonesia Hiburkan Peminat Di Malaysia Dalam Sebuah
Konsert Istimewa Anjuran Kharisma Music

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2024 – Siapa yang tidak kenal dengan sosok penyanyi jelita asal Bali, Indonesia yang popular dengan lagu ‘Sial’, Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, atau lebih mesra dengan panggilan Mahalini, bertandang ke Malaysia bagi mempromosikan konsert
‘LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada tanggal 3 Februari 2024, bermula jam 8:00 malam di Megastar Arena, KL @ Sg. Wang Plaza dengan bintang undangan khas, Rizky Febian, dibawakan istimewa oleh jenama kosmetik tersohor negara, Alha Alfa bersama syarikat penganjur konsert, Kharisma Music.

Ditanya mengapa mahu kembali ke Malaysia buat kedua kalinya, Mahalini berkata,
“Sebenarnya idea disebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu,
saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya
dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.
“Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi.
Bertempat di sebuah restoran terkemuka di tengah-tengah ibu kota yang diserikan dengan
deko menawan oleh Kayangan Gallery, bermula 7:00 malam, sebuah sidang media bersama
rakan-rakan media Malaysia diadakan bagi membuat hebahan tentang rencana konsert
LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR yang bakal diadakan.
Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music,
“Pemilihan Mahalini dibuat berdasarkan pencapaiannya dalam meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan di industri muzik Indonesia beserta jumlah penstriman yang tertinggi di Spotify (Indonesia), dengan karya-karya nyanyiannya yang sering menjadi viral di medsos, dan juga sifat prihatin Kharisma Music dalam mengambil berat permintaan penggemar muzik di Malaysia yang mendambakan hiburan ‘live’ dalam bentuk fizikal.
“Bertemakan ‘Lovechestra’ (love + orchestra), ia menggabungkan gubahan dan susunan
muzik orkestra yang berkisarkan kisah cinta, kisah suka dan duka sepanjang karier seni serta peribadi Mahalini yang mudah didekati dan sentiasa membuat orang sekelilingnya senang, dan istimewanya konsert ini akan dijayakan bersama 20 pemuzik tempatan yang terpilih. Oleh itu, rugi barang siapa yang tidak menontonnya.
Setakat ini, Mahalini masih lagi mempersiapkan diri dari segi susunan muzik yang baharu, latihan di studio dan lain-lain persiapan menjelang tarikh konsert.
“Konsert ini nanti dijangkakan akan berlangsung selama lebih kurang 2 jam dengan hampir 15 sehingga 17 buah lagu yang akan dipersembahkan bersama-sama band saya sendiri yang dipanggil ‘Lini’ dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *