APM Kedah komited dalam pengurusan pengkebumian jenazah Covid-19

  • June 10, 2021
  • 2 min read
APM Kedah komited dalam pengurusan pengkebumian jenazah Covid-19

PUTRAJAYA, 10 Jun 2021 – Pada pagi ini telah telah berlangsung sidang video antara YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah.

Sidang video ini diadakan bertujuan untuk berkongsi tugasan APM ketika pandemik COVID-19 sekarang dan antaranya telah diamanahkan untuk menyelia tugasan Pengurusan Pengkebumian Jenazah Pesakit COVID-19.

APM Kedah telah terlibat secara langsung dengan tugasan ini bermula pada 23 Mei yang lalu bersama dengan agensi lain seperti KKM, PDRM, pejabat agama di daerah dan waris jenazah itu sendiri.

Jumlah kumulatif pengkebumian yang telah diuruskan oleh APM Kedah setakat 9 Jun 2021 APM Kedah adalah 46 jenazah yang merangkumi 7 daerah iaitu Kota Setar ( 28 ), Kuala Muda ( 1 ), Kubang Pasu ( 5 ), Pendang ( 4 ), Yan ( 4 ), Baling ( 2 ) dan Padang Terap ( 2 ). Dalam tugasan ini setiap daerah akan menubuhkan satu hinggan dua pasukan mengikut keperluan di daerah yang terdiri daripada 6 orang petugas (1 pasukan) dan diselia oleh seorang pegawai.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah, Lt. Kol (PA) Ag Askandar Bin Ampuan Yaacub berkata setakat hari ini penugasan APM masih dalam keadaan terkawal dan masih komited dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.

Selain pengurusan jenazah pesakit Covid-19, beliau turut memaklumkan bahawa APM Kedah juga melaksanakan lain-lain tugasan dalam membantu kerajaan mengekang penularan COVID-19.

Antara tugasan yang dilaksanakan sepanjang pandemik ini adalah pegawai dan anggota akan ditugaskan di Pusat Kawalan Operasi Daerah Bencana (PKOB) Negeri dan Daerah, Stesen Kuarantin (QS), Agent Basmi Covid-19 (ABC-19), Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 ( PKRC) dan lain-lain tugasan yang berkaitan pencegahan wabak ini.

Dalam sidang video tersebut, Menteri Tugas-Tugas Khas juga mengambil masa untuk beramah mesra bersama-sama salah seorang penduduk di Kota Setar yang telah terjejas akibat pandemik COVID-19 ini dan telah menerima sumbangan bekalan makanan dari Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam masa yang sama beliau juga telah memberi nasihat kepada seluruh masyarakat agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dang mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan diri daripada jangkitan virus ini.

Beliau juga berharap semua pegawai dan petugas APM terus komited, bersemangat dan sentiasa berwaspada walaupun terpaksa bertugas dalam keadaan yang amat berbahaya dan berisiko kepada diri mereka. Ssesungguhnya penugasan yang sedang dilaksanakan oleh mereka adalah berkorban nyawa demi menjaga keselamatan masyarakat Malaysia. – UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *