Penahanan Safiey Ilias harus dijadikan pengajaran

  • June 11, 2021
  • 2 min read
Penahanan Safiey Ilias harus dijadikan pengajaran

KUALA LUMPUR: Perkembangan berita penahanan usahawan kosmetik Safiey Ilias berhubung tindakannya bersama individu lain yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak di bawah umur menerusi sebuah video yang tular sejak 9 Jun lalu seperti dilaporkan media.


Tindakan harus diambil ke atas usahawan tersebut kerana tindakannya itu bukan sahaja salah di sisi moral masyarakat bahkan salah di sisi undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah terhadap kanak-kanak.

Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, “saya mengikuti perkembangan berita penahanan usahawan kosmetik Safiey Ilias berhubung tindakannya bersama individu lain yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak di bawah umur menerusi sebuah video yang tular sejak 9 Jun lalu seperti dilaporkan media.


“Saya berharap semua pihak menghentikan penyebaran video tersebut bagi mengelak ketidakselesaan kepada masyarakat awam dan dikhuatiri menyumbang kepada masalah sosial dalam kalangan anak-anak kita.


Sebagai ibu bapa, pantaulah aktiviti harian anak-anak kita agar tidak terjebak dalam perkara ini lagi. Apatah lagi pada ketika ini gajet seperti telefon bimbit merupakan medium perhubungan dan alat komunikasi asas penting buat mereka khususnya ketika pembelajaran dalam talian.

“Saya juga turut menyeru kepada semua influencer atau pengguna media sosial yang berpengaruh supaya memanfaatkan medium tersebut dengan sebaik mungkin terutamanya ketika Malaysia dan dunia menghadapi pandemik COVID-19.

Semua pihak seharusnya saling menyebar luas perkongsian maklumat yang bermanfaat. Justeru, inilah masanya untuk influencer media sosial menasihatkan pengikut media sosial mereka untuk mendaftarkan diri dalam Program Vaksinasi Kebangsaan COVID-19 serta mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan sebagai usaha kita bersama dalam memerangi COVID-19. -UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *