KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2026 – Selepas sekian lama tidak muncul sebagai teraju utama, legenda seni tanah air AR Badul kembali ke layar menerusi watak Uncle Sam dalam drama pendek “Surat Khabar Lama”, sebuah karya istimewa OATLife Oat Milk sempena sambutan Hari Merdeka ke-69.
Drama pendek itu bukan sekadar sebuah iklan komersial, sebaliknya mengangkat elemen nostalgia, sejarah, perpaduan dan kemanusiaan melalui kisah seorang penjual surat khabar lama yang menjadi saksi kepada perubahan zaman.
Watak Uncle Sam yang dibawakan AR Badul menjadi nadi utama penceritaan, sekali gus menghidupkan kembali nostalgia terhadap era surat khabar bercetak serta nilai-nilai masyarakat yang semakin dilupakan dalam kehidupan moden.
Kemunculan AR Badul turut menjadi sebahagian daripada kempen “Kembalinya Sang Lagenda” yang diperkenalkan OATLife bagi memberikan penghormatan kepada seniman veteran yang telah banyak menyumbang kepada industri hiburan Malaysia.
Drama berkenaan turut menampilkan penyanyi dan pelakon Santesh sebagai Arvind Raj serta personaliti media Wong Xiao Jie sebagai May, dengan naskhah diarahkan oleh Raja Azrey.
Gabungan pelakon daripada generasi dan latar berbeza itu menjadikan “Surat Khabar Lama” bukan sahaja sebuah karya nostalgia, malah membawa mesej mengenai kepentingan memahami sejarah dan menghargai kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Bagi OATLife, pemilihan tema tersebut juga selari dengan semangat Merdeka yang bukan hanya berkisar mengenai sambutan tahunan, tetapi turut mengingatkan masyarakat tentang nilai perpaduan, warisan dan usaha generasi terdahulu membentuk Malaysia hari ini.
Menariknya, kempen tersebut turut digabungkan dengan pengenalan dua produk baharu OATLife Gold Plus yang dibangunkan menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama kira-kira setahun.
Dua produk berkenaan ialah OatLife Gold Plus Double Oats with Beta-Glucan & Chia dan OatLife Gold Plus Oat Soy with High Protein & Chia.
OatLife Gold Plus Double Oats with Beta-Glucan & Chia hadir dengan kandungan 3 gram beta-glucan, manakala OatLife Gold Plus Oat Soy with High Protein & Chia menawarkan 13 gram protein bagi setiap sachet.
Menurut pihak syarikat, peningkatan kandungan nutrisi itu merupakan antara usaha untuk menjadikan produk berasaskan oat mereka lebih memenuhi keperluan pengguna yang semakin mengambil berat mengenai pemakanan dan gaya hidup sihat.
Kedua-dua produk turut dirumus tanpa laktosa, sifar kolesterol dan tanpa gula tambahan, selain menggunakan bahan berasaskan tumbuhan.
OATLife juga menekankan konsep ‘clean label’ dengan tidak menggunakan bahan pengawet, pewarna dan krimer dalam formulasi produk baharu tersebut.
Produk berkenaan dijangka mula berada di pasaran pada September ini, dengan pemasaran awal melalui platform dalam talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok sebelum diperluaskan ke rangkaian pasar raya utama.
Dalam masa sama, “Surat Khabar Lama” dijadualkan mula ditayangkan menerusi saluran YouTube rasmi OATLife Malaysia pada 22 Ogos 2026.
Drama pendek tersebut merupakan karya kedua di bawah kempen “Kembalinya Sang Lagenda”, selepas “Syurga Yang Terhiris” yang menampilkan Sathiya dan Shahriza Mahmud.
Menerusi pendekatan menggabungkan nostalgia seni, mesej Merdeka dan pengenalan produk tempatan, OATLife berharap kempen itu dapat mendekatkan jenama dengan masyarakat sambil menyokong bakat serta karya tempatan.
Kemunculan semula AR Badul sebagai Uncle Sam juga dijangka menjadi tarikan utama “Surat Khabar Lama”, khususnya buat generasi yang pernah membesar dengan karya-karya seniman tersebut.
Bagi OATLife, semangat Merdeka bukan sekadar diraikan, tetapi wajar diterjemahkan melalui usaha menyokong karya, bakat dan produk tempatan yang mampu membawa nama Malaysia lebih jauh.


