ARENA PERTEMPURAN TERHEBAT FAMILI SELEBRITI KINI KEMBALI!
5 PASANGAN SUDAH DIUMUMKAN… NAMUN PESERTA KE-6 MASIH
BERSENDIRIAN?! SIAPAKAH PASANGAN MISTERI YANG BAKAL
MENGGEGARKAN PENTAS?
Petaling Jaya, 13 Oktober 2024 – Siap sedia untuk malam keluarga yang paling meriah! FAMILI DUO
musim ke empat (FD4) dengan lebih banyak kejutan, persaingan sengit, dan tentu saja, bakat-bakat luar
biasa dari keluarga selebriti kesayangan anda.
Siapakah pasangan misteri yang akan melengkapi barisan peserta tahun ini? Saksikan sendiri!
Setelah berjaya menyemarakkan semangat kekeluargaan sejak diperkenalkan pada 14 Februari 2021, FAMILI DUO telah menjadi platform untuk selebriti memperkukuhkan hubungan keluarga dan mengangkat
nilai kekeluargaan menerusi keindahan muzik.
FAMILI DUO juga telah mencetuskan fenomena luar biasa dengan pengikut setianya. Sebagai program realiti hiburan terkemuka di Malaysia, ia sentiasa mendapat
sambutan hangat setiap tahun. Kini, detik yang dinantikan telah tiba, FAMILI DUO kembali menggegar
pentas dengan musim keempat yang lebih dahsyat, menampilkan enam pasangan selebriti yang membara,
memukau, dan penuh dengan kejutan luar biasa yang pasti menggoncang jiwa penonton!
Undi dan Menang! Pengguna Tonton terkini yang berdaftar layak untuk mendapat peluang mengundi duo
kegemaran mereka sebanyak 50 undi seminggu, manakala mereka yang melanggan pakej 3 bulan, anda
layak untuk mendapatkan tambahan lagi 100 undian setiap minggu dengan menggunakan ciri Tonton ! Bermakna, penonton akan mendapat 150 jumlah undian dalam seminggu. Lagi banyak anda undi, lagi
besar peluang duo anda untuk menang! Gunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk menikmati potongan
istimewa dengan hanya membayar RM8 sahaja bagi langganan 3 bulan, sambil memberi sokongan padu
kepada duo pilihan anda.
Lebih menarik, dua pelanggan berbayar turut berpeluang memenangi dua (2)
buah Samsung Smart TV 65′ setiap minggu dengan hanya perlu meneka Duo Terbaik Mingguan!
Berduo lebih baik! Menambah keseronokkan selama 8 minggu, episod ini bakal dikemudikan oleh
gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri
akan diisi oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor yang memanaskan kerusi juri, yang
pastinya akan memberikan kritikan serta pujian yang pedas dan tepat. Enam pasangan selebriti ini akan
tampil bertarung dan mempamerkan kreativiti masing-masing menerusi tema berbeza setiap minggu,
menjadikan setiap episod lebih sengit dan sukar dijangka.
Musim baharu FAMILI DUO diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai Pengurus Projek dan Muhamad
Sufian Che Isa sebagai Penerbit Eksekutif.
Kongsikan pengalaman anda, gunakan hashtag rasmi #FamiliDuo2024 dan #FamiliDuoTV3 untuk
berkongsi tekaan dan menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. Jadi tunggu apa lagi?
Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti persaingan sengit ini serta sokong dan undi duo selebriti
kegemaran anda di pentas persembahan FAMILI DUO nanti!
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media
sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.