KRU Kembali gegarkan dunia seni tanahair!

  • October 13, 2024
  • 2 min read
KRU Kembali gegarkan dunia seni tanahair!

Sony Music Malaysia Kini Bekerjasama Dengan Kumpulan KRU
Tidak ada rakyat Malaysia yang tak mengenali kumpulan muzik gergasi KRU. Tersenarai sebagai salah
satu kumpulan muzik tempatan yang berjaya mengubah revolusi dunia muzik serantau, kumpulan
yang dianggotai tiga adik-beradik ini pernah mencipta pelbagai fenomena sepanjang mereka berkarya
di Malaysia dan luar negara.

Ditubuhkan pada tahun 1992, KRU merupakan salah satu nama terkemuka dalam industri muzik
tempatan. Dianggotai oleh tiga beradik Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim — KRU telah mencipta
pelbagai lagu hit yang menjadi ikonik di kalangan peminat.
Dengan kombinasi muzik pop, hip-hop, dan R&B, KRU bukan sahaja mencatat kejayaan dalam bidang
muzik tetapi juga dalam produksi filem dan perniagaan media.

Mereka dikenali dengan album-album
yang laris, seperti “Generasi” dan “KRU,” serta lagu-lagu popular seperti “Awas 1994” , “Ooh! La! La!
1996″ dan banyak lagi.

Mereka juga telah melahirkan ramai bakat-bakat baharu yang bernaung di bawah syarikat mereka
selain menghasilkan pelbagai lagu untuk ramai penyanyi serantau.
KRU juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, menjadikan mereka salah satu
kumpulan yang paling berpengaruh dalam sejarah muzik Malaysia.

Kini setelah lebih 30 tahun berada dalam industri muzik tempatan, mereka kembali membuat kejutan
saat mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi muzik dan rakaman dunia, Sony Music
Entertainment Malaysia.

Kolaborasi ini merupakan inisiatif pihak Sony Music Malaysia sendiri yang percaya kepada kehebatan,
komitmen serta kualiti kerja kumpulan KRU yang sudah bertahan lebih 30 tahun.
Secara tidak langsung, pengumuman ini juga memberitahu kepada para peminat muzik Melayu
serantau bahawa KRU kini bakal kembali dengan beberapa kejutan terbaharu yang diiringi sokongan
serta kerjasama daripada Sony Music Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *