Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Arkib Negara Lancar Koleksi Digital British Colonial Office

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Arkib Negara Malaysia di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melancarkan Koleksi Digital British Colonial Office bagi memperluas akses rakyat kepada khazanah sejarah negara secara digital.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang di Auditorium Pusat Pendokumentasian Audio Visual (PPAV).
Koleksi ini merangkumi rekod rasmi pentadbiran kerajaan British dari abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20, melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei serta Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu.
Sebanyak 8,507 fail dengan 1,131,112 imej merangkumi surat-menyurat, dokumen rasmi, manuskrip, peta, pelan, perjanjian, laporan, akhbar dan majalah dari tahun 1759 hingga 1967 telah didigitalkan.

Akses kepada koleksi ini disediakan melalui Platform Gale Primary Sources, sebuah pangkalan data digital antarabangsa, tertakluk kepada Peraturan-peraturan Arkib Negara Malaysia (Fi) 2015.
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang, penggunaan platform digital ini menyokong agenda transformasi digital sektor awam serta memudahkan penyelidik menjalankan kajian sejarah primer secara lebih cekap, pantas dan menjimatkan kos.

KPN turut menyatakan komitmen berterusan untuk menyokong Arkib Negara Malaysia dalam memperkukuh keupayaan tenaga pakar khusus bagi kerja-kerja pengesanan dan penyelidikan sumber sejarah negara.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *