(VIDEO) ‘Art of Wheel – Rim Design Challenge 2022’.
KUALA LUMPUR, 29 Jun 2022 – Sudah tiba masanya untuk pereka Malaysia and luar negara untuk mempamerkan kemahiran mereka dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM 5,000 serta peluang untuk hasil karya mereka ditampilkan pada kereta Porsche di ‘Art of Wheel – Rim Design Challenge 2022’. Pertandingan ini dianjurkan melalui kerjasama antara Giant Light Metal Technology Malaysia (GLM) dan My Lives Global Marketing & Event sebagai inisiatif untuk mengasah bakat para pereka di Malaysia.
Art of Wheels – Rim Design Challenge 2022 meraikan hasil seni dan kejuruteraan yang terbaik dalam industri automotif. Melalui pertandingan ini, para pereka bakal memanfaatkan kepakaran GLM bagi menghasilkan rim aloi bermutu tinggi yang menggabungkan fungsi yang unggul, reka bentuk yang berkualiti sekaligus memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna.
Walaupun aspek estetika diutamakan dalam pertandingan ini, para peserta juga harus menampilkan ciri-ciri aloi yang ringan, sambil memaparkan reka bentuk yang bergaya demi menepati citarasa para pemilik dan pembuat kereta mewah. Selain itu, faktor-faktor seperti penggunaan bahan, pengubahan persepsi pengguna terhadap rim aloi, kreativiti, konsep, dan kebolehlaksanaan reka bentuk sebenar akan dinilai oleh para juri profesional industri..
10 orang pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai dan trofi, serta hasil karya mereka akan dibentuk kepada rim aloi dan dipasang pada 10 buah Porsche 911 dan 718 yang terpilih. Berikut merupakan senarai kategori hadiah:
● Johan : RM 5,000 + Trofi
● Naib Johan : RM 3,000 + Trofi
● Tempat Ke-3 : RM 2,000 + Trofi
● 7 X Hadiah Saguhati : RM 500 + Trofi
Pengerusi Giant Light Metal Technology, En. Henry Tho berkata, “Pertandingan ini mensasarkan untuk membuka peluang kepada para pereka di Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka dan mendedahkan mereka kepada dunia kreativiti yang baru. Melalui pertandingan ini, kami berharap untuk memberi cabaran kepada para peserta dan memberi kritikan yang membina dan berguna di sepanjang perjalanan kerjaya profesional mereka. Dengan itu, kami berharap dapat memenuhi tanggungjawab kami sebagai pemain industri yang ternama untuk membimbing dan memupuk generasi masa hadapan dan bakat-bakat tempatan.”.
Para peserta perlu menyerahkan ‘curriculum vitae’ (CV) mereka dan reka bentuk rim sebelum 27 Julai 2022. 30 peserta terbaik akan mara ke Fasa 2 pertandingan dan bertemu dengan pemilik-pemilik Porsche secara bersemuka sebelum bertanding untuk merebut tempat 10 terbaik. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.glmwheels.com/pages/rdc22.
#
About Giant Light Metal Technology (GLM)
Giant group, since 1972, has served over 40 countries. This company is one of the world’s biggest manufacturers of bicycles. Giant Light Metal, Based in Jiangsu province in China, is proud to be a market leader in the lightweight wheels industry, renowned for its niche of producing better, lighter, safer and sturdier rims with