5 tempat makan best di Kuantan!

  • July 2, 2022
  • 2 min read
5 tempat makan best di Kuantan!

Yang bestnya semua dalam bandar Kuantan je. Sekiranya anda merancang untuk bercuti ke Kuantan, terdapat banyak kedai makan yang boleh anda cuba. Bukan saja sedap tapi ada kelainan dari segi konsep dan rasa. Saya kongsikan 5 tempat makan menarik yang boleh anda kunjungi bila dah sampai Kuantan. Korang wajib cuba!

  • WALL STREET CAFE
    Hidangan breakfast sini bukan kaleng-kaleng. Sempoi tapi power. Menu special Roti Titok & Bubur Berlauk. Tempat pun sesuai utk ootd. Memang worth it.
  • RATU PATIN
    Wah tengok gambar pun dah meleleh air liur apatah lagi kalau dapat merasa paih patin kat sini. Ada lebih 50 jenis lauk tengahari yang korang boleh cuba. Rambang mata weyh.
  • KANTIN & CO.
    Bagi yang nak santai minum petang sambil ootd, disini memang tempat anda. Menu special Cinnamon roll antara yang wajib try disini disamping variasi kopi yang ada.
  • CLASSIC PILOT CAFE
    Terkenal dengan hidangan buttermilk dengan variasi pasta, nasi dan western. Apa je buttermilk semua ada. Korang pasti tak menyesal singgah sini.
  • PLANETnco KUANTAN
    Dengan harga yang berpatutan, korang boleh cuba lebih 13 pilihan Chicken chop bermula RM9 je, set platter dan milkshake yang meleleh kat sini. Memang berbaloi. Sebelum ini cafe ini di hadapan sungai Kuantan. Tapi berpindah sementara ke Dataran Kuantan. Parking lebih luas dan selesa.

Lokasinya, korang waze je.. semua di hujung jari sekarang ni. Enjoy your travel!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *