Artis & Jenama Terkenal Bakal Menggegarkan Di Grand Bazar Megaraya

  • February 6, 2024
  • 2 min read
Artis & Jenama Terkenal Bakal Menggegarkan Di Grand Bazar Megaraya

Kuala Lumpur, 6 Februari, 2024 Penganjuran Grand Bazar Megaraya dijangka akan lebih meriah lagi pada tahun ini ekoran penglibatan vendor dari kalangan artis dan pempengaruh digital yang pastinya akan mampu menarik minat pengunjung untuk menjadikan bazar ini sebagai pilihan utama pengunjung dari Seri Manjung, Perak serta kawasan sekitarnya.

Penganjur Medan Selera Manjung Musang King dan rakan strategik Strong Sign Sdn. Bhd. akan berkerjasama bagi menjayakan acara ini.


Berkonsepkan “RAYA GLAM BERSAMA SELEBRITI”, bazar yang bakal menghimpunkan selebriti tanah air ini akan dianjurkan di D’MK – Dataran Manjung Musang King, bermula dari 16 Mac
hingga 9 April 2024, bersamaan 5 hingga 29 Ramadan 1445H dan operasi bazar akan bermula dari jam 2.00 petang sehingga 12.30 malam.

Setakat ini, artis seperti Aznah Hamid,
Aida Aris, Zazil Baginda, Kay Mariah, Amai Kamarudin, Syed Ali serta ramai lagi termasuk tiktoker Wanie dan Nazrul yang turut akan bersama-sama menjayakan Grand Bazar Megaraya pada kali ini.


Lebih dari 105 tapak niaga yang bakal diserbu oleh pengunjung disini, dibuka khusus bagi jualan pakaian, aksesori, produk kecantikan, makanan, automobil, perumahan serta perkakas elektrik dan elektronik.


Tarikan utama pastinya tertumpu kepada vendor melibatkan artis dan selebriti yang
menawarkan bermacam makanan juadah berbuka sehingga lewat malam dari yang tradisi sehingga resepi tersendiri.

Bagi yang mahu membeli belah untuk persiapan hari raya pula disini juga turut menawarkan harga yang berpatutan seterusnya menampilkan pilihan beranika jenis fesyen baju tradisi serta moden bagi koleksi pakaian lelaki dan wanita serta
kanak-kanak.

Pengunjung juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa duit raya setiap minggu dan pakej Umrah.


Disamping penganjuran bazar, kedai-kedai yang terdapat didalam Medan Selera
Manjung Musang King juga, sudah sedia untuk menerima kedatangan pengunjung selain mengambil peluang untuk menawarkan promosi pakej berbuka puasa bersama keluarga sambil membeli belah disini.

Pelbagai kemudahan turut disediakan diantaranya surau dan tandas untuk lelaki dan perempuan, tempat letak kenderaan yang banyak dan selesa, laluan untuk ke lokasi yang mudah malah berada di lokasi strategik bersebelahan pasar raya besar AEON Manjung, ini menjadikan GBM edisi 2.0 sebagai destinasi ideal untuk
keluarga dan rakan-rakan berkumpul.


Terdapat kelainan yang akan ditampilkan diantaranya, konti secara langsung yang akan bersiaran disini melibatkan pempengaruh digital bagi mempromosikan perniagaan usahawan yang terlibat secara dalam talian. Ini akan membantu meningkat jualan seterusnya memberikan kelebihan kepada perniagaan dan produk untuk lebih dikenali.


“Datanglah membeli-belah di Grand Bazar Megaraya edisi 2.0 ini, kerana kami akan
memberikan kemeriahan berganda yang sebenar kepada setiap pengunjung yang hadir”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *