MENTERI SUMBER MANUSIA KOMITED PERLUAS JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL KEPADA PEKERJA GIG INDUSTRI MEDIA DAN KREATIF

  • February 6, 2024
  • 2 min read
MENTERI SUMBER MANUSIA KOMITED PERLUAS JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL KEPADA PEKERJA GIG INDUSTRI MEDIA DAN KREATIF

STEVEN SIM SERAH BANTUAN RM4207.20 PERALATAN PERUBATAN UNTUK RINGANKAN BEBAN.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) komited dalam memperluas jaringan keselamatan sosial kepada pekerja selaras
dengan perkembangan semasa terutamanya risiko seperti perubahan iklim, teknologi, pola ekonomi dan pasaran kerja.

Ini adalah inisiatif progresif bagi merapatkan jurang pekerja yangbekerja di sektor tidak formal yang masih tidak dilindungi.
Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong memaklumkan,
beliau memahami cabaran industri media dan kreatif yang perlu bekerja di luar waktu konvensional, on the go yang memerlukan
jaringan keselamatan yang holistik dan terjamin.

“Berikutan itu, cadangan untuk memperluas jaringan keselamatan sosial kepada petugas media meliputi wartawan bebas, sambilan serta kontrak termasuk pekerja di industri kreatif merangkumi penggiat seni
yang dianggarkan hampir 30,000 orang (Anggaran 3,000 hingga 4,000
wartawan dan 25,000 penggiat seni) akan diteliti.

“Satu perbincangan akan diadakan bersama Menteri Komunikasi, YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkenaan cadangan ini dan diyakini kolaborasi antara kementerian ini akan dapat diimplementasi dalam
masa terdekat,” katanya ketika ditemui wartawan ketika mengadakan
lawatan prihatin ke rumah penerbit rancangan di RTM.

Terdahulu, beliau berkesempatan menyantuni petugas bilik berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Marlia Mohamed yang menghidapi
diabetes telah menjalani pembedahan pemotongan kaki sehingga peha di Pusat Perbuatan Universiti Malaya (PPUM).

Beliau telah bertugas di RTM sejak 2006, sedang berehat di rumahnya
di Seksyen 9, Shah Alam kini sedang menjalani proses pemulihan dan
akan melaksanakan fisioterapi bagi tujuan pemulihan anggota badan.

“Atas dasar prihatin saya dengan kerjasama PERKESO telah
menyerahkan bantuan bernilai RM4,207.20 seperti lampin pakai
buang, tisu basah, kerusi roda dan katil elektrik.

“Saya berharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak mampu
meringankan beban kos pemulihan yang ditanggung beliau,” jelas
Steven Sim lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *