Bakal ditubuhkan satu yayasan untuk pengiat seni industri kreatif inisiatif Kongres Muzika Malaysia
AMPANG: Kongres Muzika Malaysia menganjurkan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Industri Kreatif Malaysia Berhad dan Majlis Perjumpaan bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS.
Perjumpaan ini adalah salah satu inisiatif dari Kongress Muzika Malaysia (KMM) dalam membantu pemain-pemain industri kreatif di Malaysia dalam jenis pembuatan lagu, hak royalti serta isu-isu yang melibatkan kerja-kerja seni sama ada di hadapan atau di belakang tabir.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi bin Zainul Abidin berkata, satu mesyuarat akan dilakukan dalam membincangkan mengenai isu dan permasalahan pemuzik-pemuzik.
“Selain itu, Kongres Muzika Malaysia adalah sebagai satu penggerak untuk tubuhkan industri kreatif di setiap negeri selaras dengan kehendak kerajaan untuk meningkatkan lagi program dan inisiatif dalam bidang industri kreatif.
“Kita juga akan membantu mereka serta memantau merealisasikan harapan pemuzik-pemuzik dan Finas sebagai pemain utama dalam memainkan peranan, Kita akan berbincang dengan KMM dan NGO-NGO yang lain untuk menyelesaikan isu ini.
“Untuk isu royalti masih lagi dalam kuasa KPDNHEP, jadi saya rasa patut kita buat yayasan untuk mebantu mereka untuk menjana pendapatan dan pelaburan kepada apa -apa yang boleh jana duit.
Turut hadir, Zakaria bin Abdullah penasihat Kongres Muzika Malaysia, Pengerusi CUEPACS Wilayah Persekutuan & Pengerusi Koperasi KO-KREATIF Malaysia dan Abass Abu Bakar @ Mamu, Komposer.
Pengerusi Kongres Muzika Malaysia, Muhammad Imran Al-Kammal @ Abu Kemenyantz berkata, Yayasan ini ditubuhkan untuk memperjuangkan pengiat-pengiat seni yang teraniaya.
“Ramai penggiat seni yang teraniaya, kesemua yang terlibat perlu diberikan pengadilan sewajarnya, contoh seperti sesebuah penciptaan lagu, bukan hanya pemain utama sahaja mendapat perhatian, namun orang belakang tabir seperti pencipta lagu, komposer, pemain muzik dan pencipta lirik juga harus diberikan perhatian, sama juga dalam penciptaan sesebuah filem atau drama,” tegasnya.
Kolaborasi bersama, Radio Internet Asia FM sebagai stesen radio rasmi yang diwakilkan oleh Penyampai Radio, Razali bin Morat Zalie @ Dj Zalie berkata, kami dilantik sebagai stesen radio rasmi untuik apa jua program penggiat seni di Malaysia.
“Dalam isu royalti, pandangan saya sebagai pengamal radio, tidak perlu berbalah antara satu sama lain, kita dapatkan satu penyelesaian melalui yayasan supaya dapat pengadilan kepada semua,” katanya. -UTVMediaMsia