Bank Rakyat perkukuh inisiatif transaksi tanpa tunai

  • September 19, 2022
  • 2 min read
Bank Rakyat perkukuh inisiatif transaksi tanpa tunai

KUALA LUMPUR, 19 September 2022 – Bank Rakyat memperkukuh inisiatif transaksi tanpa tunai menerusi Festival Makanan Halal Tanpa Tunai yang berlangsung dari 19 September hingga 23 September 2022 bertempat di Menara Bank Rakyat.

Festival yang berlangsung selama lima hari menyasarkan jualan RM1 juta dengan menghimpunkan sebanyak 150 usahawan perniagaan makanan tersohor antaranya Suka Dessert, Chatime, Nasi Briyani Citarasa Utara, MAMASAB dan banyak lagi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar yang melancarkan festival tersebut berkata, beliau amat tertarik dengan tema festival pada tahun ini yang menumpukan seratus peratus pada penjualan makanan.

Saya difahamkan bahawa langkah ini diambil berikutan jumlah jualan perniagaan makanan mencatatkan pendapatan jualan tertinggi pada festival sebelum ini.

Tambah beliau, penganjuran program tanpa tunai ini menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap kecelikan kewangan daripada tunai kepada platform aliran tunai dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Beliau turut berharap agar Keluarga Usahawan dapat menggunakan platform tanpa tunai sebagai salah satu enjin pertumbuhan perniagaan mereka, disamping memanfaatkan teknologi agar terus mapan dan lestari.

Dalam ucapan, pelancaran, YB Tan Sri Noh turut berkongsi tentang keistimewaan Kad Kredit-i Bank Rakyat, antaranya program kad kredit dengan keuntungan antara yang terendah di pasaran iaitu antara 8% dan 10% setahun bergantung kepada baki tertunggak bulanan pelanggan.

Keistimewaan ini ditawarkan menerusi program 8% GOV.MY yang berlangsung sejak 2021 hingga 2024 dengan tempoh kadar keuntungan sah selama tiga tahun selepas tarikh penyertaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *