KLANG – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Brother’s Gathering terus komited membantu golongan memerlukan khususnya pelajar sekolah menerusi pelbagai inisiatif kebajikan dan pendidikan sejak tujuh tahun lalu.
Acara pertemuan dengan ahli dan jemputan khas telah berlangsung pada 25 April 2026 lalu didalam Susana yang Penuh Meriah, walaupun hujan lebat ribut petir beserta banjir melanda kawasan Klang namun demi semangat dan perjuangan dalam memperkasa pendidikan anak-anak semua harus dilalui. Inilah namanya berkorban demi kemajuan bangsa agama dan negara.
Untuk pengetahuan semua NGO ini baru didaftarkan secara rasmi tahun ini, Brother’s Gathering sebelum ini aktif menjalankan pelbagai aktiviti bantuan komuniti termasuk membantu pelajar sekolah serta keluarga yang memerlukan.
Menurut penganjur, antara bantuan yang diberikan termasuk sumbangan komputer riba kepada 36 pelajar sekolah bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Bantuan tersebut diberikan bagi memastikan pelajar mempunyai kemudahan lebih baik untuk belajar dan mengikuti perkembangan pendidikan semasa.
Malah, pihak NGO turut menyatakan hasrat untuk meneruskan usaha membantu lebih ramai pelajar dan masyarakat pada masa akan datang dengan sasaran nilai bantuan yang lebih besar termasuk sekitar RM50,000 hingga RM100,000 bagi pelbagai program kebajikan dan pendidikan.
Selain bantuan pendidikan, Brother’s Gathering juga aktif menghulurkan bantuan kebajikan kepada masyarakat setempat sepanjang enam tahun lalu walaupun bergerak secara tidak rasmi sebelum ini.
Tahun ini menyaksikan NGO berkenaan menganjurkan sambutan ulang tahun ke-7 mereka menerusi acara “Brother’s Gathering 7th Year Anniversary” yang berlangsung meriah di The Dome, Bandar Baru Klang.
Acara amal tersebut berjaya menghimpunkan hampir 1,000 tetamu dan dianggap sebagai program terbesar pernah dianjurkan oleh Brother’s Gathering setakat ini. Sebelum ini, mereka lebih banyak menjalankan aktiviti kebajikan berskala sederhana dengan nilai bantuan mencecah ratusan ribu ringgit.
Penganjur berharap usaha berterusan itu dapat membantu lebih ramai pelajar dan keluarga yang memerlukan selain menjadi platform memperkukuhkan semangat kebersamaan serta budaya membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang.


