Bukan sekadar kelab bola sepak, Eko Indra Jaya FC bakal cipta nama di Malaysia
Shah Alam, 12 Jun 2022- “Tidak kenal penat dan lelah, sentiasa bersemangat waja!” Itulah keistimewaan dan kekuatan jitu yang ada dalam Kelab Pasukan Bolasepak Acheh di Malaysia bernama Eko Indra Jaya Football Club (EIJ FC).
Bukan sekadar kelab bola sepak, namun kekuatan pasukan yang kuat membuatkan nama kelab pasukan ini cepat meningkat naik dan telah menempah nama walaupun hanya berumur 1 tahun jagung, itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh kelab pasukan ini.
Kelab Bolasepak Acheh di Malaysia ini ditubuhkan oleh pengusaha asal Acheh di Malaysia bernama Haji Man, Tgk Haikal sebagai Pengarah dan Tgk Jai sebagai wakil Presiden dan Tgk Raji.
Turut hadir memeriahkan perlawanan bola sepak tersebut adalah Ahli Parlimen Acheh, Pak Asrizal yang sama memberi sokongan terhadap pasukan tersebut.
Kelab ini dianggotai oleh para pemain dari kalangan peniaga asal Aceh dan warga Melayu berketurunan Aceh serta pemain import dari Arab dan Nigeria.
Ketua Eko Indra Jaya FC, Haji Man berkata, beliau berasa amat terharu dengan pencapaian yang diberikan oleh pemain-pemain, bagi tahun yang pertama, sudah berada di tempat yang ketiga di perlawanan Liga Shah Alam, satu pencapaian yang baik bagi permulaan.
“Terima kasih setinggi-tingginya kepada semua yang terlibat, pemain- pemain EIJ FC, terima kasih diatas pencapaian yang telah mereka berikan kepada pasukan, kerana untuk tahun pertama kelab pasukan bolasepak ini ditubuhkan, kita sudah berada di tempat ketiga.
Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus mempertahankan Kelab Bola Pasukan Eko Indra Jaya FC”, tambahnya.
Ketua Pasukan Muhd Shamsudin bin Mohd Jamaludin, berkata, para pemain diajar teknik bermain bola sepak dan diberi pendedahan program latihan bersistematik. Langkah ini dapat mengasah dan mencungkil bakat, memberi pendedahan awal dan kemahiran bola sepak dalam kalangan pemain-pemain,” katanya.
“EIJ FC juga mengambil pemain import dari Arab dan Nigeria serta pemain yang berpengalaman pernah main di Sepanyol dan liga di Malaysia, Pemain kami juga ada yang berpengalaman serta pernah berlawan di Liga Sepanyol dan Liga Selangor.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada Haji Man, Tgk Haikal, Tgk Jai dan Tgk Raji kerana telah banyak memberikan sokongan dari belakang.
Selain itu, EIJ FC adalah bertujuan untuk meningkatkan persaudaraan antara satu sama lain dan berharap usaha ini boleh membawa kebaikan kepada masyarakat Aceh umumnya, khususnya yang berada di Malaysia.