“Kalau begini cara bermainnya, saya yakin tahun depan EIJ FC peringkat satu!” – Pak Asrizal

  • June 14, 2022
  • 1 min read
“Kalau begini cara bermainnya, saya yakin tahun depan EIJ FC peringkat satu!” – Pak Asrizal

Baru-baru ini telah berlangsung perlawanan akhir Liga Bolasepak Shah Alam, Eko Indra Jaya Foot Ball Club di Stadium Mini Shah Alam pada 12 Jun lepas.

Suasana majlis tambah meriah dengan kehadiran tetamu kehormat, Anggota Dewan Acheh, Pak Asrizal yang turut sama menyaksikan perlawanan tersebut.   

Dalam temubual, Pak Asrizal turut mengatakan bahawa beliau sangat bergembira dan senang hati serta berterima kasih kepada Dato Haji Man yang mengetuai pasukan bola sepak ini.

“Sangat senang sekali, kalau di Acheh, perlawanan ini dipanggilkan sebagai olahraga rakyat, untuk hari ini, inisiatif Haji Man untuk mengambil beberapa yang berbakat untuk bermain di Kelab Bolasepak Eko Indra Jaya Football Club di Malaysia,” katanya.

Tambah Asrizal, turut menyatakan perasaan beliau kepada rentak permainan pemain-pemain Eko Indra Jaya Football Club.

“Salam hormat saya untuk kawan-kawan di EIJ FC, sangat luar biasa bertarung, nasib sahaja mungkin belum berpihak kepada mereka, tetapi posisi ketiga, bagi saya merupakan posisi terbaik dapat sehingga kini.

“Kalau begini cara bermainnya, saya yakin EIJ FC tahun depan nombor satu,” katanya disertai dengan doa daripada tim pasukan. – UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published.