Bumi di Hulu Perak Pejuang negeri Perak persoal projek perlombongan Nadir

  • June 13, 2022
  • 2 min read
Bumi di Hulu Perak Pejuang negeri Perak persoal projek perlombongan Nadir


Parti Pejuang Tanahair Negeri Perak ingin menzahirkan kekecewaan dan
bantahan kami terhadap keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk meneruskan
projek perlombongan nadir bumi di Hulu Perak. Sebarang keputusan seharusnya
perlu mengambil kira pandangan dan kajian yang mendalam oleh Badan-badan
Bukan Kerajaan dan para pakar dalam bidang pemuliharaan alam sekitar dan
kesihatan awam terlebih dahulu.

Kini walaupun terdapat bantahan meluas daripada pihak berkepentingan
berhubung kesan kaedah perlombongan yang di gunapakai oleh Syarikat
usahasama daripada Negara China ini. Di katakan bahawa kerajaan Pusat
Negara China pada Jun 2011 telah menguatkuasakan pengharaman
perlombongan permukaan dan melarutserapkan dalam tangki atau timbunan
ketika melaksanakan pelarutserapan bagi nadir bumi ini. Di mana kaedah
melombong yang tidak mesra alam dan selamat ini di katakan boleh memberikan
implikasi teruk terhadap kesan dampak alam sekitar. Menteri Besar Perak
seakan-akan tidak peduli dan tidak mengendahkan pandangan daripada mereka
yang pakar dalam isu alam sekitar ini.

PEJUANG Perak juga mempersoalkan bagaimana operasi perlombongan boleh
di mulakan sebelum laporan EIA di luluskan? Kami memohon agar pihak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) untuk menyiasat sekiranya
terdapat sebarang bentuk amalan rasuah atau salah-guna kuasa dalam
kelulusan projek ini.

PEJUANG Perak memohon penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri Perak
samaada kaedah perlombongan yang di lakukan secara usahama di antara
Kerajaan Negeri Perak dengan Syarikat daripada Negara China ini selamat
kepada alam sekitar dan rakyat? Sekiranya di dapati ia boleh memudaratkan
rakyat dan alam sekitar, maka ingin kami menegaskan bahawa, kami menolak
dan menentang sekeras-kerasnya sebarang keputusan Kerajaan Negeri Perak
ini yang di lihat boleh mengancam nyawa dan kesihatan Rakyat Negeri Perak. Kami menagih penjelasan yang rasional daripada Kerajaan Negeri Perak, adakah kaedah atau “method” perlombongan yang telah di hentikan oleh
Kerajaan Negara China, kini Kerajaan Negeri Perak pula bekerjasama dengan
Syarikat daripada Negara China untuk melombong di Negeri Perak
menggunakan kaedah perlombongan yang sama atau hampir sama? Apakah
rasionalnya?


MIOR HAIDIR
KETUA MAJLIS PIMPINAN PEJUANG
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
13 Jun 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *