Tayangan skrin LED sempena Piala Asia 2023
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh mengambil inisiatif khusus bagi membantu para peminat bolasepak Malaysia di Bandaraya Ipoh untuk menyaksikan Perlawanan Bolasepak Kelayakan Piala Asia 2023 antara pasukan Malaysia menentang pasukan Bangladesh pada 14 Jun, 2022 (Selasa) jam 9.00 malam dengan menayangkan siaran langsung perlawanan tersebut di Dataran Stesen Keretapi (KTM).
Tayangan tersebut bermula mulai jam 8.45 malam dan peminat bolasepak Malaysia khususnya wargakota Ipoh adalah alu-alukan untuk menonton beramai-ramai di skrin LED tersebut.
Semoga pasukan bolasepak Malaysia akan memenangi perlawanan berkenaan serta layak ke Piala Asia 2023.