DBKL bersama Top Fan FB DBKL

  • May 21, 2022
  • 1 min read
DBKL bersama Top Fan FB DBKL

KUALA LUMPUR, 20 MEI 2022 – Berlangsung malam tadi @ Jibby by the park sesi sembang santai di antara Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama sebahagian Top Fans FB DBKL.

Sesi pertemuan secara bersemuka ini bertujuan untuk lebih mengenali di antara satu sama lain dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat. Jalinan ini lebih bererti tatkala ianya berlangsung di dalam bulan syawal.Datuk Bandar Sembang Santai Bersama Top Fan.

Datuk Bandar menzahirkan ucapan terima kasih kepada top fan ini kerana telah memainkan peranan mereka di media sosial milik DBKL. Harapan beliau agar komitmen ini diteruskan dan dipergiatkan lagi.

Selain penghargaan, top fan yang bertuah juga membawa pulang hadiah cabutan bertuah yang bernilai RM5,000.

Hadir bersama meraikan top fan ini ialah Datuk Haji Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek dan Datuk Kamarulzaman bin Mat Salleh, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL.

DBKL akan meneruskan acara seumpama ini bersama Top Fan FB DBKL yang lain pula selepas ini. So pastikan anda terus menyokong kami dan lebih baik lagi menjadi TOP FAN FB DBKL 🤗

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *