Highlight Isu Harian KPDNHEP Selangor
SELANGOR, 21 MEI 2022 – Isu viral ketiadaan bekalan ayam di selangor pada hari sabtu 21 Mei 2022 susulan kenyataan Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) dalam Sinar Harian bertarikh 20 Mei 2022.
Tindakan KPDNHEP Selangor:
- Pasukan pemeriksaan dan pemantauan telah digerakkan mulai 20 Mei 2022 jam 8.00 mlm hingga 21 Mei 2022 jam 5.00 ptg melibatkan pegawai dan anggota daripada negeri dan cawangan-cawangan Selangor.
- Sebanyak 58 Premis perniagaan ayam melibatkan Pasaraya dan Pasar Basah telah diperiksa yang merangkumi seluruh Negeri Selangor.
- Hasil pemeriksaan ke atas 58 premis sehingga jam 2.00 ptg ini adalah seperti berikut.
@ Jumlah premis yang menjual ayam : 58 premis
@ Jumlah premis yang tidak dapat menjual ayam : 0 premis
4. RUMUSAN : 100% premis yang diperiksa (58 premis) sehingga jam 2.00 ptg ini dapat membekal dan menjual ayam kepada orang ramai dan isu yang ditular berkaitan “ketiadaan ayam” di Selangor tidak berlaku. Walaubagaimanapun terdapat di beberapa premis terutama di pasar-pasar basah penjualan ayam kepada orang ramai tamat awal sebelum jam 10pagi kerana berlaku pembelian panik berdasarkan keterangan lisan daripada peniaga-peniaga serta jumlah penerimaan bekalan ayam agak berkurang dari hari-hari biasa.
Pemantauan & pemeriksaan akan diteruskan untuk hari esok dan seterusnya.
Sekian, terima kasih.
KPDNHEP SELANGOR
21 MEI 2022