Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia santuni anak yatim, asnaf dan ibu tunggal sempena bulan ramadan
KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) menyantuni anak-anak yatim, tahfiz, golongan asnaf dan ibu tunggal bersempena menyambut bulan ramadan yang mulia ini dalam majlis Iftar DPUM 2024.
Berkat bulan ramadan ini, DPUM turut menyumbang duit raya bernilai RM2,000, makanan dan majlis berbuka puasa bertempat di Menara Arina Uniti, Kampung Baru dihadiri oleh kira-kira 200 golongan asnaf termasuk anak-anak yatim, tahfiz dan ibu tunggal.
Antara aktiviti dalam majlis tersebut adalah selawat, bacaan yassin, doa selamat dan tazkirah agama dari Ustaz Hj Omar dari Tahfiz Maahad Hidayatul Ummah (Mahun).
Yang diraikan adalah anak-anak yatim/ tahfiz dari Maahad Hidayatul Ummah & Tahfizal Quran Syazwan serta kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Taman Permata dan Taman Samudera serta 10 ibu tunggal daripada Rumah Rahoma.
Presiden DPUM, Dato’ Seri Abu Hasan Mohd Nor berkata, saban tahun DPUM mengadakan majlis berbuka puasa untuk meraikan kepada golongan yang tidak bernasib baik, golongan asnaf, anak tahfiz dan ibu tunggal.
“Kita berikan sedikit suntikan duit raya bagi membantu meringankan beban mereka juga mengembirakan hati mereka menjelang Syawal nanti.
Menurutnya, masyarakat hari ini terlalu ramai dari golongan ‘miskin bandar’, golongan inilah yang sangat memerlukan bantuan dari kita.
“ DPUM bukan sekadar keusahawanan sahaja, malah kita ada Exco CSR yang akan turun padang memberi kan bantuan-bantuan dari segi bencana alam, zakat, infaq.
“Program ini merupakan kali yang ke -15 sejak dari penubuhan DPUM, saban tahun memang kita akan meraikan ahli-ahli DPUM, membuat CSR dan majlis sambutan hari raya.
“ Walaupun tahun ini tidak semeriah dari tahun sebelum ini kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil, namun kita tetap juga sama-sama meraikan dan meneruskan tanggungjawab dalam membantu golongan tidak berkemampuan walau pun dalam keserdahanaan,” katanya. – UTV