Dewan Puchong Convention Hall Tampil Dengan Ballroom Premium, Muat Hingga 1,000 Tetamu

PUCHONG: Dewan Puchong Convention Hall tampil sebagai lokasi baharu bagi pelbagai penganjuran acara dengan menawarkan kemudahan ballroom berkonsep premium yang mampu menampung antara 800 hingga 1,000 tetamu pada satu-satu masa.

Terletak di kawasan Puchong Batu 14, Jalan Batu 14 dan bersebelahan sebuah kuil Hindu, Dewan Puchong Convention Hall mempunyai bangunan tiga tingkat yang menyediakan ruang untuk pelbagai jenis acara, sama ada berskala besar mahupun kecil.

Menurut Dato’ Sivakumar, Founder of Advanced Event Management, tingkat bawah bangunan berkenaan menempatkan banquet hall, manakala tingkat pertama merupakan ballroom utama dengan kapasiti sehingga 1,000 tetamu.

“Ballroom ini boleh menampung antara 800 hingga 1,000 tetamu dan sesuai untuk pelbagai acara termasuk majlis perkahwinan, pertunangan, akad nikah, majlis anugerah, majlis sekolah, program CSR serta pelbagai majlis sosial.

“Kami juga mempunyai ruang mezzanine yang boleh digunakan untuk majlis berskala lebih kecil dengan kapasiti sekitar 150 orang,” katanya.

KEMUDAHAN LENGKAP DALAM SATU PAKEJ

Menurut Dato’ Sivakumar, antara kelebihan utama Dewan Puchong Convention Hall ialah kemudahan ballroom yang disediakan secara lengkap bagi memudahkan pelanggan membuat persiapan acara.

“Ballroom ini memang disediakan dengan kelengkapan lengkap termasuk sistem bunyi, LED, skrin, meja dan kerusi.

“Jadi pelanggan tidak perlu mendapatkan terlalu banyak kemudahan secara berasingan kerana kelengkapan asas untuk sesuatu majlis sudah tersedia,” katanya.

Selain kemudahan ballroom, pihak pengurusan turut mempunyai pasukan bridal dan fotografi yang menawarkan pakej tambahan mengikut keperluan pelanggan.

Antara pakej yang ditawarkan termasuk penggunaan dewan, sistem bunyi, LED dan dekorasi, manakala perkhidmatan seperti fotografi, solekan dan keperluan lain boleh ditambah mengikut jenis majlis serta bajet pelanggan.

Kemudahan tersebut sesuai digunakan untuk majlis perkahwinan dan resepsi, majlis pertunangan, akad nikah, majlis anugerah, majlis sekolah, program CSR, acara komuniti dan pelbagai acara sosial.

PAKEJ SOFT LAUNCH UNTUK 30 PELANGGAN

Sempena soft launch pada 26 dan 27 September, Dewan Puchong Convention Hall turut menawarkan pakej istimewa kepada 30 pelanggan terawal yang membuat tempahan.

Dato’ Sivakumar berkata, tawaran tersebut diperkenalkan sebagai sebahagian daripada konsep soft launch dan pre-booking bagi memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan harga pengenalan.

“Untuk sewaan ballroom sahaja, harga biasa adalah sekitar RM12,000 dan ia belum termasuk beberapa kelengkapan serta perkhidmatan lain.

“Namun sempena soft launch ini, kami menawarkan harga promosi sehingga sekitar RM6,000, bergantung kepada pakej dan keperluan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata tawaran tersebut hanya dibuka kepada 30 pelanggan sebagai pelanggan eksklusif bagi tempoh promosi berkenaan.

“Konsepnya sama seperti early bird. Pelanggan yang membuat tempahan awal boleh mendapatkan harga yang lebih menarik,” katanya.

TERBUKA UNTUK PELBAGAI JENIS MAJLIS

Walaupun terletak bersebelahan kuil Hindu, Dato’ Sivakumar menjelaskan Dewan Puchong Convention Hall tidak terhad kepada penganjuran majlis vegetarian sahaja.

Sebaliknya, dewan tersebut turut terbuka untuk majlis yang menyediakan menu bukan vegetarian, tertakluk kepada syarat dan ketetapan pihak pengurusan.

“Dewan ini bukan khusus untuk vegetarian sahaja. Kami juga menerima majlis dengan menu bukan vegetarian.

“Bagaimanapun, kami mengekalkan konsep halal dan tidak menyediakan makanan berasaskan khinzir serta tidak membenarkan minuman beralkohol kerana kami juga menghormati persekitaran kuil,” katanya.

Menurut beliau, konsep tersebut membolehkan dewan berkenaan digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat bagi menganjurkan acara mengikut keperluan masing-masing.

KONSEP BERTERASKAN KOMUNITI

Mengulas mengenai keunikan Dewan Puchong Convention Hall, Dato’ Sivakumar berkata bangunan berkenaan merupakan bangunan milik pihak kuil yang turut dimanfaatkan sebagai lokasi penganjuran pelbagai acara.

Katanya, konsep tersebut berbeza daripada dewan komersial konvensional kerana ia turut membawa pendekatan berteraskan komuniti.

“Kalau kita bandingkan dengan bangunan komersial atau hotel yang mempunyai ballroom, kos untuk sesuatu majlis boleh menjadi lebih tinggi.

“Dewan ini lebih kepada konsep community-centric centre, iaitu sebahagian daripada inisiatif pihak kuil untuk menjana pendapatan bagi menyokong operasi dan aktiviti kuil, pada masa sama memberikan lokasi acara dengan harga yang lebih berpatutan kepada komuniti,” katanya.

Menurutnya, pendekatan itu juga memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan lokasi yang mempunyai kemudahan lengkap untuk mengadakan majlis tanpa perlu menanggung kos seperti yang biasa dikenakan di sesetengah lokasi komersial.

OPEN DAY 26 DAN 27 SEPTEMBER

Orang ramai yang berminat untuk melihat sendiri kemudahan Dewan Puchong Convention Hall berpeluang berbuat demikian menerusi special open day pada 26 dan 27 September.

Menurut Dato’ Sivakumar, orang ramai boleh hadir secara walk-in untuk melihat ruang ballroom, bertemu pasukan jualan serta mendapatkan penerangan lanjut mengenai pakej dan tempahan.

“Kalau mereka nak melihat dewan, pada hujung minggu ini kami ada special open day. Mereka boleh datang secara walk-in, berjumpa dengan sales team dan berbincang mengenai jenis majlis serta pakej yang diperlukan,” katanya.

Pelanggan yang berminat juga boleh mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan dengan menghubungi Dato’ Sivakumar di 012-656 3786 menerusi panggilan telefon atau WhatsApp.

Dengan kapasiti sehingga 1,000 tetamu, kemudahan lengkap serta pilihan pakej yang boleh disesuaikan mengikut keperluan, Dewan Puchong Convention Hall kini membuka lebih banyak pilihan kepada masyarakat sekitar Puchong untuk menganjurkan majlis perkahwinan, acara sekolah, majlis anugerah, program komuniti dan pelbagai acara sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *