DPPPM-WC LANTIK DUA PENGUSAHA TEMPATAN SEBAGAI RAKAN STRATEGIK MALAYSIA WAREHOUSE-WUXI, CHINA.

  • May 25, 2024
  • 3 min read
DPPPM-WC LANTIK DUA PENGUSAHA TEMPATAN SEBAGAI RAKAN STRATEGIK MALAYSIA WAREHOUSE-WUXI, CHINA.

PETALING JAYA, 23 MEI 2024 – Satu majlis menandatangani Perjanjian  Persefahaman MOU diantara Dewan Perniagaan Perindustrian Pelaburan Malaysia-Wuxi China(DPPPM-WC) dan dua Rakan Strategik iaitu Syarikat Juta Global Marketing Sdn Bhd dan UNA Manufacturing & Resources Sdn Bhd.

Menandatangani Perjanjian MOU

Majlis ringkas  ini telah berlangsung di NQ Cultural Commercial. Ianya untuk mengenal pasti dua pengusaha tempatan sebagai rakan Strategik perniagaan dan pelaburan dalam Program Malaysia Warehouse- Wuxi.

Majlis ini dihadiri oleh Pengerusi DPPPM-WC, Dr. Mazlan Goh; Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia, Dato Sri Abu Hassan Mohd Nor; Pengarah Urusan UNA, Mohd Dzamri Abdullah: Pengarah bersama UNA, Elina Hayati Ismail;Peguam mewakili UNA, Mohd Rosidi Hassan;  Pengurus Hal Ehwal Korporat Juta Global, Ahmad Zaren Abd. Rahman serta Naib Pengerusi DPPPM-WC, Dato Dr. Hassan Saad. Tetamu dan rakan media.

Wakil UNA Manufacturing Resources

Syarikat yang dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria permintaan Kerajaan Wuxi di China di mana mereka berkehendakkan sekurang-kurangnya 110,000 metrik tan produk sebulan untuk pasaran China yang akan ditempatkan di Pavilion Malaysia di Wuxi.

Syarikat UNA Manufacturing akan membekalkan empat jenis produk keluarannya bernilai lebih RM1 juta seperti Kari Ayam dan Daging Mamak, Bakso, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam dan Spaghetti Bolognese Bebola Daging manakala Juta Global pula akan membekalkan kira-kira hampir empat kontena keju keluarannya dengan nilai kos lebih kurang RM4 juta.

Temubual bersama En Mohd Dzamri dari UNA Manufacturing, syarikat akan memperkenalkan Ketupat yang boleh bertahan selama dua tahun menggunakan teknologi terkini Retort.

Sesi soal jawab bersama media

Ketua Pegawai Eksekutif  Juta Global En Rosli Ajemain memaklumkan “Buat permulaan kemungkinan kami akan membekalkan satu kontena terlebih dahulu ke Wuxi, China dan jika sambutannya menggalakkan kami akan menambahnya, “

Untuk makluman, DPPPM-WC telah dilantik serta mendapat mandat sebagai rakan strategi pelaburan Wuxi Federation Industri of Commerce China (WFIOC) di Malaysia pada 2023.

Naib Pengerusi DPPPM-WC, Dato Dr. Hassan Saad berkata “Sepanjang 6 bulan bersama WFIOC kami telah berjaya membawa pelabur WFIOC ke dalam negara melalui sektor tenaga (solar dan EV), industri tekstil, perlombongan (Emas dan Silika) serta pembuatan (kilang pemasaran mesin x ray)
Tambahnya, selain itu WFIOC juga berminat membuat pelaburan di dalam sektor perubatan, perhotelan dan pelancongan, agro, pengurusan sisa pepejal berteknologi tinggi, makanan dan minuman (RTE,RTD) serta pembangunan bercampur.

Sebelum majlis MOU bermula Tuan Abu Hassan Mohd Nor sempat memberikan tips dan nasihat berhubung cara terbaik menjalin kerjasama pemasaran dengan pengusaha dari China waima beliau sendiri mempunyai pengalaman mendalam sebagai pemimpin menerajui  Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia atau DPUM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *