Perutusan Negara PMX: Reformasi melalui Ekonomi MADANI bagi Memperkasa Rakyat

  • May 23, 2024
  • 2 min read
Perutusan Negara PMX: Reformasi melalui Ekonomi MADANI bagi Memperkasa Rakyat

Dalam kenyataan penuh oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara langsung melalui kaca televisyen ke seluruh negara, pelbagai isu ekonomi semasa dikupas dan langkah yang diatur dan bakal dilaksana telah dibentangkan.

Intipati penting kerajaan MADANI dalam menambah baik pengurusan fiskal negara, antaranya:

  1. Penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA). Sasaran meliputi penurunan paras hutang tidak melebihi 60 peratus KDNK dan defisit fiskal 3 peratus dalam jangka masa sederhana.
  2. Kerajaan memerluas asas hasil melalui Reformasi percukaian.
  3. Cukai Barang Bernilai Rendah, Cukai Keuntungan Modal Bagi Saham Tidak Tersenarai dan penambahbaikan kepada Cukai
    Perkhidmatan telah diperkenalkan dengan unjuran peningkatan hasil cukai negara sebanyak RM4.5 bilion.
  4. Kerajaan perlu mengambil pendekatan
    berani untuk menyasarkan semula subsidi mengikut penggunaan elektrik.
  5. Harga ayam telah diapungkan dan tidak lagi disubsidi.
  6. Kabinet setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api dimulakan dengan diesel, libatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
  7. Kerajaan terus sediakan subsidi diesel kepada kenderaan bermotor diesel libatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) termasuk kategori nelayan tertentu.
  8. Kerajaan setuju sediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak.

Kebajikan rakyat akan terus terpelihara bagi menangani kos sara hidup, di mana sebahagian penjimatan itu dapat digunakan dengan menambah baik bantuan kepada rakyat.

Antara inisiatif yang dirangka:

● Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditambah baik dengan peningkatan peruntukan kepada RM700 juta, iaitu lebih lima kali ganda ketimbang RM130 juta tahun lalu. Bilangan penerima diperluas kepada 700,000 dan penambahan nilai bantuan kepada RM1,200 ketimbang RM600.
● Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan sebanyak RM2 bilion atau 25% iaitu daripada RM8 bilion (2023) kepada RM10 bilion (2024) yang memanfaatkan sekitar 9 juta penerima bersamaan 60% penduduk dewasa Malaysia.
● Kerajaan memperluas Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 5 dengan peruntukan hampir RM800 juta.
● Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan sebanyak dua kali iaitu
daripada RM2.50 sekilogram pada tahun 2022 kepada RM2.70 sekilogram (2023) dan RM3.00 ringgit sekilogram pada tahun ini.
● Kerajaan MADANI juga mengambil langkah meningkatkan pendapatan pesawah dengan kadar Skim Subsidi Harga Padi
ditingkatkan daripada RM360 (2022) kepada RM500 per metrik tan pada tahun 2023.

Kerajaan MADANI jelas mahu mengangkat darjat hidup rakyat dan menstrukturkan semula ekonomi bagi memartabatkan Malaysia sebagai jaguh di rantau Asia melalui kenyataan PMX, malam tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *