Dua buah keluarga tiada tempat tinggal
PANDAN JAYA, 22 Oktober 2021 – Dua buah keluarga telah dihalau dari Dewan Komuniti Pandan Jaya, dewan tersebut adalah tempat tinggal sementara apabila rumah mereka terbakar di Kampung Setinggan Pandan Jaya kira-kira dua tahun yang lepas.
Selepas menerima notis dari pihak berkuasa tempatan, dua keluarga ini terpaksa berhimpit di dalam sebuah kereta, kadang kala terpaksa tinggal sementara bawah pokok untuk berteduh dari hujan.Dua keluarga ini merupakan adik beradik pasangan, Kamini a/p Rajadurai, 27 tahun dan Sathiraj a/l Lingam, 29 tahun beserta ibu tunggal Anuratah a/p Lingam , 39 tahun yang kedua-duanya mempunyai lima orang anak.
Kamini berkata, selama ini sudah mohon bantuan kepada pihak berwajib, namun tiada sesiapa yang ambil tindakan.”Kami sudah berjumpa dengan pihak yang menjanjikan bahawa selepas ini akan memberikan kami sebuah rumah atau wang sebanyak 3,000 sebagai permulaan pindah rumah, namun janji tersebut tidak dikotakan.
Aktivis Sosial, Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato’ Kalai Vanar berkata, kesedaran politik negara merupakan mainan politik sahaja yang kononnya ingin mengutamakan rakyat.”Pastikan dua buah keluarga ini mendapat tempat berteduh, jika belum dapat diberi rumah, buka dulu dewan tersebut dan jangan halau.”Ini bukti drama mereka yang kononnya prihatin tentang rakyat, kononnya berkokok dan berjuang untuk rakyat hanya merupakan drama sahaja. – UTVMEDIA