Ehsan Group Anjur Majlis Iftar & Bantuan Raya di Masjid India, Kajang

  • March 24, 2024
  • 1 min read
Ehsan Group Anjur Majlis Iftar & Bantuan Raya di Masjid India, Kajang

KUALA LUMPUR: Ehsan Group of Companies mengadakan Majlis Iftar & Penyampaian Bantuan Hari Raya menyampaikan sumbangan kepada Anak-Anak Yatim & Asnaf Zakat di Kawasan berdekatan Kajang kira-kira 500 orang diraikan dalam satu majlis iftar yang diadakan di Masjid India, Kajang semalam.

Pengasas Ehsan Group of Companies, Datuk Abdul Hamid PV Abdu berkata, majlis kali ini disambut dengan mengambil keberkatan bulan ramadan serta membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“ Saban tahun kami mengadakan program seumpama ini untuk meraikan anak-anak yatim, asnaf dan penduduk berdekatan Masjid India Kajang ini. Semoga kita mendapat nikmat dan keberkatan dalam bulan mulia ini, dan saya berharap agar orang ramai sentiasa mendoakan kejayaan dan peningkatan yang terbaik buat Ehsan Group of Companies, doakan kami,” katanya.

Turut hadir, Datuk Wira Shahul Dawood merupakan Chief Executive, Human Resource Developement Corporation (HRD Corp) bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ehsan Group Of Companies boleh layari di www.ehsanproperty.com atau di Facebook (Ehsan Plant & Property Sdn Bhd) Instagram (ehsan_property) atau telefon 03-2162 6649. -UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *