Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Ella Lancar Produk Fesyen ‘ROCKQUEEN’ Definisi Gaya Sopan, Ekspresi Diri

KUALA LUMPUR, 21 DISEMBER 2024 – ROCKQUEEN, sebuah jenama gaya hidup yang diasaskan oleh Ratu Rock Malaysia, Ella, dalam usaha beliau merevolusi dunia fesyen.

Ditubuhkan pada tahun 2021, ROCKQUEEN beraspirasi dalam memberikan keseimbangan antara fesyen berani yang penuh gaya fesyen sederhana tampak elegan, direka untuk memperkasa wanita agar dapat menerima keunikan diri mereka dengan
penuh yakin.

Dikenali dengan fesyen elegan dan kerjaya muzik yang mencetus revolusi, visi Ella untuk ROCKQUEEN lahir daripada keinginan untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif, dan budaya ekspresi diri.

Jenama ini diinspirasikan oleh gaya urban dengan sentuhan kesederhanaan, direka untuk keselesaan dalam pergerakan.

Setiap rekaan menggabung elemen elegan minimalis dengan perincian berani, meraikan Keunikan individu sambil tetap berpegang pada nilai tatasusila.



“ROCKQUEEN bukan sekadar jenama ia adalah satu pernyataan,” kata Ella. “la
tentang memperkasakan wanita untuk merasa yakin, kuat, dan menjadi diri mereka tanpa rasa ragu. Kami menjenamakan semula maksud kesopanan tanpa mengabaikan gaya.”

Daripada pakaian serbaguna yang boleh digayakan untuk apa-apa majlis hingga
keperluan harian yang santai dan bergaya, koleksi pakaian ROCKQUEEN menjanjikan untuk memenuhi keperluan wanita yang ingin mengekspresi keperibadian mereka sambil mengekalkan elemen keanggunan dan keselesaan.

Direka selari seimbang untuk pergerakan dan fleksibiliti, rekaan ROCKQUEEN sangat sesuai untuk wanita moden yang mengimbangi pelbagai peranan dalam kehidupan.


Misi ROCKQUEEN melangkaui fesyen. Ia bertujuan untuk mencipta komuniti wanita yang berdaya maju, saling menyokong, dan menjadi teladan.

Jenama ini bercita-cita menjadi
simbol perpaduan, positif, dan kekuatan dalam kepelbagaian citarasa.

Acara pelancaran rasmi ROCKQUEEN akan diadakan pada 21 Disember 2024 di Program Muslimah Fest 2024, di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), menampilkan pertunjukan fesyen koleksi sulung ROCKQUEEN diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Ella.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *