Kemeriahan Berganda! Jualan Usahawan di 99 Wonderland Park, Interaksi Bersama Haiwan, Teknologi 3D Fountain…Segalanya Ada Disini!

  • January 2, 2025
  • 3 min read
Kemeriahan Berganda! Jualan Usahawan di 99 Wonderland Park, Interaksi Bersama Haiwan, Teknologi 3D Fountain…Segalanya Ada Disini!

KUALA LUMPUR: 99 Wonderland Park ialah Mercu Tanda Rekreasi yang unik di KL yang dimiliki oleh JL99 Group, pemaju hartanah Malaysia. Sejak 2015, Kumpulan JL99 telah memperuntukkan lebih RM46 juta untuk menjadikan kolam takungan terbiar itu menjadi taman rekreasi unik seluas 23 ekar.

Taman ini mengamalkan konsep “terbuka”, membolehkan pengunjung berinteraksi dengan burung dan haiwan. Ini termasuk Buaya Air Masin, Siamang, Gibbon Tangan Hitam, Kucing Serval, Memerang, Meerkat, Musang Afrika, Ikan Raksasa, Buaya Tembaga, Tapir Malaya, Beruang Matahari Malaya, Ferret, Angsa Import & Tempatan, Kura-kura, Burung Unta, Merak, Rusa, Burung kakak tua. Monyet Marmoset, Pheasant, Flamingo, Ular, Iguana dan seumpamanya.

Disini juga ada aktiviti seperti menaiki 99 Ferris Wheel, 99 Cruise, 99 Train, 99 Paddle Boat dan 99 Madagascar Carousel.

Landskap yang diukir di taman itu akan membolehkan pengunjung berehat dan menikmati semua pemandangan di 99 Wonderland Park (Hutan Liar di Bandar). Taman ini termasuk 99 Taman Dinosaur, 99 Pulau Liar, 99 Menara Eiffel LED, 99 Kincir Angin, 99 Jalan Panda, 99 Kafe & Dapur, 99 Lampu Zoo, 12 Zon Zodiak, Air Terjun Emas, Air Pancut Langit dengan Ikan Koi, dan 99 Beruang Sejagat.

99 Wonderland Park (Wildlife in The City) ialah taman rekreasi Pertama di KL yang menampilkan lampu LED dan haiwan atau burung yang jarang ditemui dengan landskapnya yang cantik.

Anda akan dikelilingi oleh haiwan kami yang menakjubkan tanpa pergi ke hutan untuk mengalaminya. Oleh itu, anda akan dapat menikmati detik-detik hebat dan tidak dapat dilupakan di 99 Wonderland Park (Hutan Liar di Bandar). Ia pasti akan menjadi perjalanan yang hebat untuk anda!

Di 99 Wonderland Park, selain dapat berinteraksi dengan haiwan, kita juga ada Musical Dancing Fountain, ‘air pancut terbesar di Malaysia’ yang mana kita ada 3D Animation System terbaru tahun ini.

Pengasas JL99, Datuk Seri Jeff Lee berkata, disini juga kita ada jualan booth vendor yang disediakan untuk pengunjung untuk membeli barang-barang atau makanan.

“Untuk vendor ini, saya berikan kanopi yang eklusif dan plug dua poin secara percuma kepada usahawan.

“Semenjak Covid-19 sehingga ke hari ini, sebenarnya banyak usahawan yang mengalami kerugian, namun saya amat gembira dapat membantu usahawan-usahawan kecil tempatan untuk berniaga disini untuk menambah sumber pendapatan di 99 Wonderland Park.

Usahawan ARS Kiosk, Mohd Nuri Ali Amin Mohamad berkata, ini adalah salah satu usaha yang baik dari pihak 99 Wonderland Park untuk usahawan kecil seperti kami.

” Bagi peniaga kecil seperti kami yang baru berkecimpung dalam perniagaan kecil – kecilan ini, peluang ini sangat baik dan dapat membantu kami kerana jika hendak buka gerai, ada kos-kos lain seperti khemah dan elektrik, namun disini percuma. Dengan peluang yang diberikan booth secara percuma ini, kami sambut dengan baik.

Usahawan Aiskrim Goreng, Ahmad Shafiq Mohd Din berkata, banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini, dan saya menyokong usaha Datuk Seri Jeff.

“Saya sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Jeff dan pihak 99 Wonderland Park kerana memberikan kami tapak niaga tanpa sebarang cas dan bayaran.

Usahawan Arrizqi Perfume, Yatt berkata, sangat gembira berniaga disini kerana banyak aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga.

“Banyak aktiviti yang menarik, lagi-lagi pada waktu malam, saya memang suka berniaga di dalam 99 Wonderland Park ini kerana kemudahan tempat solat yang banyak dan bersih disediakan, orang beragama Islam tidak perlu risau kerana boleh solat di surau yang disediakan.

Jadi anda semua, jom datang bersama keluarga dan kawan beramai-ramai untuk melihat sendiri pelbagai aktiviti, interaksi bersama haiwan, ‘dancing fountains’ dan ‘train’ juga disediakan.

Jadi memang sangat menarik dan ‘happening’ di 99 Wonderland Park! Jangan lepaskan peluang untuk datang bercuti ke 99 Wonderland Park bersama keluarga dan kawan-kawan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *