EMPOWERHER CAREER FAIR TAWAR JAWATAN BERGAJI RM13,000 KE RM 16,000, PELUANG ATURAN KERJA ANJAL (FWA)

KUALA LUMPUR- Jawatan seperti Pengurus Projek, Pengurus Perkhidmatan
dan Konsultan Teknikal dengan gaji antara RM13,000 hingga RM16,000 merupakan
antara kekosongan ditawarkan pada EmpowerHer Career Fair pada 14 dan 15 Mac ini.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam satu kenyataan berkata, karnival
kerjaya yang bakal dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu turut menawarkan 5,000 kekosongan buat pencari kerja.
Antara majikan yang terlibat adalah Jabatan Peguam Negara, Malaysia Aviation Group
(MAG), Air Asia, Airbus Helicopters Malaysia, Baker Hughes, IHH Healthcare Malaysia,
UiTM Private Specialist Centre dan Robert Bosch Sdn. Bhd. Lebih menarik, karnival kerjaya yang berlangsung selama dua hari ini turut memberi fokus kepada penyediaan peluang pekerjaan dengan susunan aturan kerja anjal (FWA) sebagai usaha menyokong penyertaan wanita dalam dunia kerjaya.
Program anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) itu sejajar dengan tekad kerajaan untuk mewujudkan
tempat kerja lebih inklusif dan seimbang, sekali gus merancakkan pasaran buruh negara.
“EmpowerHer Career Fair ini memberi pendedahan kepada wanita berkaitan fleksibiliti dalam waktu bekerja, yang mana mereka dapat menyesuaikan jadual kerja mengikut keperluan dan situasi peribadi tanpa menjejaskan prestasi kerja.