Agensi perisikan Sudan serbu kilang dadah milik kumpulan pemberontak militia Rapid Support Forces

Dalam satu operasi serbuan keselamatan, pasukan perkhidmatan perisikan Sudan telah berjaya menyerbu dan menutup kilang yang memproses dadah secara haram milik kumpulan pemberontak Rapid Support Forces.Operasi ini digerakkan oleh pasukan Bahagian Anti Dadah dibawah Jabatan Pencegahan Jenayah .

Kilang pemprosesan dadah ini terletak di kawasan perindustrian baru Utara Khartoum berdekatan kilang Rotana Flour.Ia dijalankan di bangunan 3 tingkat yang masih dalam proses pembinaan.Dalam operasi serbuan pelbagai bahan mentah untuk memproses dadah telah dijumpai termasuk tepung yang digunakan untuk memproses dadah haram seperti “Probiotic,” “Technomix Granules,” dan “Plus.”
Disamping itu juga turut dijumpai pil yang digunakan untuk mengeluarkan pelbagai jenis tablet narkotik termasuk “Abu Hilalain” dan “Abu Najma.” .


Pakej dadah yang sudah diproses juga dijumpai yang dipercayai boleh menghasilkan sekitar 300,000 pil.
Operasi ini membuktikan kebenaran militan RSF yang bergantung kepada penghasilan dadah sebagai sumber dana untuk operasi ketenteraan mereka.Tambahan pula kumpulan militan ini turut dipercayai menggunakan dadah untuk ahli kumpulan mereka dan merekrut penagih dadah untuk menyertai kumpulan mereka dengan memberikan mereka stok dadah.

Kejayaan agensi perisikan dalam menumpaskan jenayah berkaitan dadah dan jaringan yang memproses dadah dan mengedarkannya adalah perkembangan yang sangat penting dalam usaha memerangi jenayah terancang dan pengedaran dadah. Hakikat bahawa militan RSF didakwa terlibat dalam pengeluaran dadah secara besar-besaran menimbulkan kebimbangan serius mengenai kaitan antara kumpulan bersenjata dan perdagangan dadah.

Ini bukan sahaja membiayai operasi mereka tetapi juga menyumbang kepada ketagihan, yang seterusnya menggugat kestabilan masyarakat.Untuk keselamatan buat generasi muda Sudan juga dengan tumpasnya sindiket pemprosesan dadah milik militan RSF ini diharapkan dapat mewujudkan keamanan dan keselamatan di negara Sudan.
