Felda lancar lagu ‘Segalanya FELDA’ hayati perjuangan para peneroka

  • July 11, 2024
  • 2 min read
Felda lancar lagu ‘Segalanya FELDA’ hayati perjuangan para peneroka

SERDANG, 10 JULAI 2024 – Lagu Segalanya FELDA telah dilancarkan di Dewan D, MAEPS Serdang, nyanyian Yabang Khalifah, dan Ayie Lantana.

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jika dihayati liriknya, itulah asalnya perjuangan peneroka FELDA hasil kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak.

“Hasil kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak yang membolehkan FELDA mencipta perubahan bagi masyarakat luar bandar kepada sesuatu yang lebih baik, seperti yang kita lihat pada hari ini.

“Lagu ini dilancarkan sempena sambutan hari peneroka yang ke 68, dalam skala yang lebih besar kerana penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan Hari Peneroka Felda ini.

“Konsep Segalanya FELDA bukan hanya dilihat dari perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan Peneroka dan warga Felda yang telah berkembang jumlah keseluruhannya 3 juta orang.

“Dari aspek lain iaitu keusahawanan, pendidikan, kesihatan telah berkembang dengan pelbagai anak syarikat dan pada kali ini semuanya berkaitan Felda akan ditunjukkan secara keseluruhan di MAEPS Serdang.

” Lagu itu saya percaya akan memberikan satu semangat dan suntikan baru kepada para peneroka.

” Kemeriahan ini didapati ada beberapa acara yang bersifat mencungkil bakat iaitu ‘Feel Da Star’ yang telah kita buat ujibakat dan akhirnya, pada 10 finalise bakal berentap pada hari tersebut serta mengetengahkan bakat-bakat FELDA yang sudah ternama seperti Mawi, Siti Nor Diana, dua angota Exist dan Kumpulan Ungu.

“Pada malam Ahad, ada ‘screen’ besar yang bakal menyaksikan perlawanan akhir final euro, ini menjadikan sambutan kali ini lebih menarik dari yang biasa InshaAllah.

Menurutnya, perbezaan sambutan hari peneroka sebelum ini dibuat secara dalaman, namun kali ini FELDA terbuka untuk kolaborasi bersama syarikat-syarikat lain.

“Kali ini, peneroka akan dapat bertemu rakan-rakan lama dari pelbagai tanah rancangan dan pelbagai aktiviti disini, pelabagai peluang perniagaan dalam membina rangkainan persahabatan dan perniagaan daripada pelbagai sektor.

“Bukan hanya antara felda ke felda, antara satu rancangan ke satu rancang tetapi juga syarikat-syarikat swasta yang ingin menembusi pasaran felda dan peluang bgi mereka untuk berkolaborasi.

“Sebab itu ada syarikat-syarikat besar ingin menjadi rakan strategik kepada program ini dan ini adalah 1 pendekatan yang kami pilih untuk jadikan peneroka sebagai satu sahabat kepada sesiapa yg ingin bersahabat bersama kami,” katanya. – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *