Filem Fanna Genre Aksi Romantik, Dedah Sisi ‘Matang’ Syafie Naswip
Pecinta Filem Melayu wajib turun panggung dalam menyaksikan filem ini yang
mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan sedikit adegan mafia.
Apa yang menariknya kali ini, sisi baru pelakon Syafie Naswip yang mencabar diri untuk melakonkan karakter yang lebih matang, berbeza dari filem-filem yang dilakonkan sebelum ini sepeti Muhsin, Talentime dan Juvana.
Disokong oleh pelakon aksi seperti Fify Azmi, melengkapkan corak warna dalam filem
Fanna ini.
Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas.
Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black.
Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.
Filem ini juga sarat dengan mesej kekeluargaan dengan menampilkan pelakon terkenal seperti Azman Roy, Rashid Salleh, Kenji, Collen Rosanna, Andi Black Tan dan ramai lagi
Jadi jom semua penonton untuk menyaksikan filem Fanna di pawagam pada 28 SEPTEMBER 2023!
Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Filem Fanna di
https://fannamovie.com/