Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Decathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan Negara

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Membebaskan (namun tidak melepaskan) Presiden UMNO, DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Berita Terkini admin 0 bacaan 0 komen

kenyataan media dr Ketua Pemuda UMNO Johor.

Kenyataan Media

  1. Sudah tentulah kami Pemuda UMNO Johor mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi yang telah membebaskan (namun tidak melepaskan) Presiden UMNO, DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan ke atas beliau.
  2. Satu keputusan yang saya yakin memberi satu kelegaan kepada pimpinan UMNO di setiap peringkat.
  3. Keputusan Pendakwa Raya untuk tidak meneruskan prosiding dengan mengemukakan 11 hujah dan alasan juga bagi Pemuda UMNO Johor jelas menunjukkan bahawa segala pertuduhan yang dihadapi beliau sebelum ini adalah bersifat politik dan cubaan salah guna badan kehakiman untuk menjatuhkan UMNO sebagai sebuah institusi.
  4. Sudah pasti berdasarkan perkembangan terbaharu ini juga, Presiden UMNO telah memanfaatkan ruang serta platform yang betul melalui saluran undang-undang untuk membersihkan nama dan mengembalikan maruah beliau yang selama ini tercalar akibat pertuduhan yang dikenakan.
  5. Untuk itu, wibawa, imej serta kredibiliti UMNO yang diketuai beliau diharap akan menjadi lebih baik demi untuk memastikan UMNO dapat kembali menawan minda dan hati orang Melayu melalui segala usaha dan ikhtiar baiknya.

Noor Azleen Ambros
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor
5 September 2023

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *