Filem Perlawanan Masakan Yang Mendebarkan: “Annaporani” Filem Tamil Berbaloi Ditonton, Subtitle BM Disediakan

  • December 5, 2023
  • 1 min read
Filem Perlawanan Masakan Yang Mendebarkan: “Annaporani” Filem Tamil Berbaloi Ditonton, Subtitle BM Disediakan

Annaporani” – Sebuah filem komedi Tamil arahan Nilesh Krishna, dibintangi Jai & wanita superstar Nayanthara protagonis dengan Sathyaraj serta Achyuth Kumar, KS Ravikumar dan Redin Kingsley yang memainkan watak penting.

Filem ini diterbitkan oleh Zee Studios, Trident Arts & Naad SStudios juga ditayangkan di Malaysia hasil keluaran MSK CINEMAS.

M.S.Kalai & Saradha Sivalingam yang menerbitkan filem ini dengan kerjasama Zee Studios dan akan dikeluarkan pada 1 Disember 2023.

Lebih menarik perhatian juga, filem ini datang dengan sarikata (subtitle) Bahasa Malaysia untuk tontonan rakyat Malaysia.

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis dengan didikan ortodoks yang bercita-cita mahu menjadi seorang MasterChef (Chef terbaik) di India.

Dugaan dan cabaran yang tidak menentu berlaku keatasnya apabila dia melampaui kepercayaan dan prasangka konvensionalnya dalam perjalanannya mengejar impian yang diidamkannya.

Adakah ‘Annapoorani’ berjaya dengan cita-cita nya menjadi Chef Terbaik India? Jom kita saksikan di pawagam TGV berhampiran!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *