Filem Tamil ‘ Lal Salaam ‘ di pawagam seluruh Malaysia mulai 9 Februari ini
KUALA LUMPUR, 11 Februari 2024 – Lal Salaam’ adalah sebuah filem drama sukan berbahasa Tamil ditulis dan diarahkan oleh Aishwarya Rajinikanth anak kepada Bintang Filem Tersohor Rajinikanth.
Ia adalah kisah mengenai dua sahabat Thirunavukarasu, juga dikenali sebagai Thiru(Vishnu Vishal), dan Shamsuddin (Vikranth) adalah pemain kriket yang cemerlang dariMurrabad, sebuah perkampungan di mana penganut Hindu dan Muslim hidup bersama secara harmoni.
Walaupun berbeza agama, mereka hidup bahagia. Bapa Thiru (Livingston)dan bapa Shamsuddin, Moideen Bhai (Rajinikanth) adalah kawan baik dan terbiasa melihat anak lelaki mereka terlibat dalam konfrontasi fizikal.
Dalam alur cerita, kita akan melihat ahli politik tempatan merancang untuk menghasutrusuhan kaum di Murrabad untuk memanfaatkan pilihan raya yang akan datang. Mereka mengeksploitasi persaingan Thiru dan Shamsuddin dengan berselindung dalamperlawanan kriket. Dalam keadaan marah, Thiru mencederakan tangan kanan Shamsuddin semasa perlawanan, Ia telah mencetuskan konflik serius antara orang Islam dan Hindu di Murrabad. Bagaimana persaingan ia berakhir membentuk jalan cerita.
Ia dihasilkan oleh En.Subaskaran Allirajah di bawah sepanduk Lyca Productions Akan ditayangkan di Malaysia pada 9 Februari 2024 oleh MSK Cinemas Sdn Bhd di seluruh pawagam .