KPM KEJAM: PAKSA GURU MENGAJAR DI SEBALIK TABIR PLASTIK

  • February 12, 2024
  • 1 min read
KPM KEJAM: PAKSA GURU MENGAJAR DI SEBALIK TABIR PLASTIK

“Saya terpaksa mengajar di sebalik tabir plastik dalam keadaan murid-murid duduk
membelakangkan saya. Inilah pengalaman paling menyedihkan dan paling kejam dalam
sejarah saya sebagai pendidik!”
Inilah luahan hati seorang pendidik setelah beliau enggan mengambil vaksin atas pilihan
sendiri.

Guru terbabit telah datang sendiri ke pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
dan telah menceritakan dengan perasaan yang sebak tentang bagaimana beliau telah
dinafikan hak untuk menjalankan tugas beliau dengan sempurna dalam satu sesi sidang
media khas PPIM semalam.

“Boleh tak bayangkan bagaimana seseorang murid yang terpaksa memusingkan badannya
untuk menanyakan sesuatu kepada saya yang berdiri mengajar di belakang tabir plastik?”
tanya beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Cikgu J.
Beliau enggan mengambil vaksin COVID-19 atas pilihan sendiri kerana tidak mahu
memasukkan apa-apa bahan yang kurang diyakini ke dalam tubuhnya.

“Lagi pun pada tanggapan saya dan juga yang lain-lain pengambilan vaksin COVID-19
adalah atas dasar sukarela dan tiada sebarang paksaan,” ujar beliau lagi.
Namun, sangkaan beliau meleset kerana istilah sukarela itu beserta beberapa unsur yang berbaur paksaan dan akibat yang memudaratkan.
“Akibat keengganan itu, saya telah diambil tindakan tatatertib yang telah menjejaskan
kenaikan ke gred 48 setelah 20 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan,” tambah Cikgu J lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *