Fuyoo! Buka puasa menu kayangan, tapi harga marhain, siap boleh menang motor lagi!

  • March 7, 2023
  • 3 min read
Fuyoo! Buka puasa menu kayangan, tapi harga marhain, siap boleh menang motor lagi!

Bulan puasa memang tidak sah kalau kita tak makan dekat hotel kan? Bukan selalu kita nak makan dekat hotel ni.. Dua restoran di area Kuala Lumpur, Mearcato dan Pearls Cuisine menawarkan makanan istimewa berbeza tau dengan menu buffet hotel yang lain.

Pearls Cuisine Pullman Bangsar

Apa yang istimewanya di Hotel Pullman Kuala Lumpur, Bangsar, Mearcato dan Pearls Cuisine ini adalah masakan Itali, Seafood dan Dim Sum yang berlainan citarasanya!

Puluhan menu dan pilihan yang pastinya anda pulang dengan perut kenyang dan puas hati. Peminat makanan laut dan Dim Sum harus datang ke sini! Selain, menawarkan ais krim kegemaran ramai iaitu Haagen-Dazs pasti melengkap kan hidangan anda!

Apa tunggu lagi! Menu yang ditawarkan juga bertaraf lima bintang, namun harga paling murah, memang berbaloi jika anda bebuka puasa disini!

Dua orang chef iaitu Chef Benny dan Chef Chong berpengalaman luas dalam masakan citarasa Chinese Cuisine dan Citarasa Itali dengan menghimpunkan 100 menu bagi kedua-dua sajian sempena berbuka puasa Ramadhan ini.

Kadang rasa takut kerana kekurangan kebersihan? Jangan risau kerana di Hotel Pullman menjanjikan kualiti dan kebersihan sebagai sajian No 1 di Lembah Klang, dan pastinya Halal, ini kerana disini menggunakan konsep dapur terbuka yang boleh dilihat secara terus oleh pelanggan.

Keunikan masakan Itali selain suasana yang selesa dengan ruang makan yang luas yang boleh menempatkan lebih 300 pelanggan dalam satu masa.

Manakala, sajian Dim Sum dan makanan laut segar terus dari jeti adalah tarikan sajian utama di Restoran Pearls Cuisine dengan keluasan melebihi 200 tempat duduk pada satu masa.

Kumpulan Messa diketuai oleh Datuk Sri Zakaria Abd. Rahman bagi program iftar Ramadan ini, adalah pengendali kedua-dua restoran tersebut serta menjanjikan sajian antara pilihan yang terbaik di Lembah Klang dengan kelainan citarasa.

Selain itu, kumpulan Messa juga mencipta sejarahnya tersendiri apabila menyediakan hadiah bernilai lebih RM 20,000.00 kepada pelanggan yang datang berbuka puasa melalui cabutan bertuah yang menyediakan motosikal sebagai hadiah utama!

Jom cepat tempah sekarang kerana potongan harga akan diberikan setiap 10 pembelian, 3 percuma! Tawaran ini hanya ditawarkan di Hotel Pullman sahaja!

Antara menu-menu menarik yang ditawarkan adalah seperti Baked Lobster in Creamy Golden Soup, Chef Special Steamed & Baked Oyster With 3 Flavour Choice (Garlic, Sichuan Pepper, Creamy Cheese Butter), Wok Fried Prawn With Ginger Scallion & Pepper Salt, Baked Sea Scallop With Garlic & Scallion, Steamed Half Shell Abalone With Chopped Chili, Baked Lemongrass Squid Served in Fusion Peanut Creamy Satay Sauce, Steamed Jernak Fish in Pickles Cabbage With Lime Juice, Chinese Style Wok Fried Spicy Flower Crab, Stewed Clam With Taro, Stir Fried Crispy Baby River Prawn in Mix Vegetable, Crab Meat Fried Rice With Vegetable & Anchovies, Wok Fried Curry Hong Kong Noodles With Mushroom & Seafood.

Dimsum pula ada 6 jenis, pelbagai pencuci mulut dan pelbagai jenis air yang menarik serta pelbagai pilihan.
Untuk tempahan:-

Tempahan awal RM148 (seorang) percuma 1 baked lobster dan 1 Haagen-Dazs mini tub per pax

Harga normal Dewasa (seorang) : RM 168
Warga Emas (seorang) : RM 148
Kanak-kanak (seorang) : RM 84

Waktu tempahan 21 Februari 2023 sehingga 22 Mac 2023 atau 2,000 voucher yang pertama sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan di The Pearl Kuala Lumpur, sila hubungi Pearls Cuisine Pullman Bangsar (010-2299 927)

Alamat:-
Pearls Cuisine Pullman Bangsar

Facebook Pearls Cuisine dan Instagram pearlscuisine_pullman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *