Monday, 9 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Pemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan NegaraFirdaus Wong Duta Kembara Al-Haramain, Misi Lahirkan Da’i dan Pendakwah Pelapis

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Galak kerjasama penerbitan luar negara dalam meluaskan pasaran industri kreatif – Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menggalakkan penerbitan tempatan bekerjasama dengan penerbitan luar negara supaya dapat meluaskan pasaran dalam industri kreatif.

Menurut beliau, inisiatif ini bermula dengan negara jiran iaitu Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dalam meneroka kemahiran baru serta keluar dari kepompong (pemikiran luar kotak) dalam industri kreatif dan perfileman.

“Negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Filipina, negara ASEAN adalah permulaan inisiatif ini.

“Wilayah ASEAN mempunyai ratusan juta ‘purchasing power’ dan mempunyai inisiatif sendiri dalam industri kreatif dan perfileman,” katanya ketika sidang media pelancaran filem Mat Kilau di GSC Mytown pada 22 Jun, semalam.

“Bagi saya, filem seperti Mat Kilau patut ditonton oleh semua generasi muda sebagai pengetahuan sejarah kerana filem ini penuh dengan semangat patriotisme yang tinggi.

“Setinggi tahniah diucapkan kepada pengarah dan pasukan filem Mat Kilau, bagi saya untuk filem seperti ini, sebagai seorang pengarah muda dan berbakat, pencapaian ini patut dibanggakan.

“Satu filem yang patut diberikan sokongan dan filem ini mempunyai nilai sejarah yang membawa mesej kepada masyarakat.

“Tahniah kepada semua pelakon yang membawa watak dengan baik, esok (23 Jun) bermula wajib tayang, saya mengajak semua rakyat Malaysia memberikan sokongan dan menonton filem ini.

Tambah Annuar, rakyat Malaysia juga boleh membawa anak-anak dan keluarga masing-masing untuk mengenal sejarah Malaysia serta menikmati babak-babak lakonan yang menarik.

“Harap mahasiswa dan pelajar- pelajar memberikan sokongan dalam usaha susulan untuk membawa mesej dan semangat patriotisme dan mengetahui banyak episod sejarah melalui filem ini.

“Satu usaha yang patut digalakkan kepada penerbitan filem, dan semua rakyat Malaysia patut menyokong hasil karya seni seperti filem Mat Kilau,” katanya. -UTVMediaMsia

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *